SATU misi bantuan mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di negeri Perlis akan dilakukan pada :
TARIKH : AHAD ( 7 NOVEMBER 2010)
Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kita sama-sama berganding bahu walau berbeza komuniti,negeri mahupun bangsa dalam membantu sahabat-sahabat 1 Malaysia
Rabu, 3 November 2010
MISI KESUKARELAAN: BANTUAN MANGSA BANJIR DI PERLIS
Posted by MT Fansurie at 4:28 PTG 0 comments
Khamis, 16 September 2010
16 SEPTEMBER : HARI MALAYSIA
Posted by MT Fansurie at 2:02 PTG 0 comments
Jumaat, 10 September 2010
HANTU RAYA???!!
Aduhhh....tak tau apa silapnya,adakah permintaan thdpnya tinggi, atau mmg sengaja untuk isi slot siaran. Kalau xsalah raya taun ni slot siaran cerita2 hantu atau seram turut memonopoli siaran waktu perdana. Baik RTM, TV Media Prima hingga ke siaran ASTRO, raya pertama sahaja dh ada 2 3 siarannya. Kenapa??
Mungkin kebetulan lepas puasa, kita tahu syaitan2 dah bebas dr kurungan. Jika bulan posa orang lemah semangat pun berani, tp nmpknya semangat berani tu ilang la raya ni. Dah disogokkan dengan siaran antu je..Macam sambut plak golongan hantu ni terlepas dari kurungan kn..Mgkn kebetulan...huhu...
Posted by MT Fansurie at 11:51 PTG 0 comments
SALAM LEBARAN
KAMI mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN kpd semua Sukarelawan MBNPP, Kepimpinan MBNPP dan semua pengunjung blog....Selamat berhari raya!!
Walau di mana jua anda berhari raya, sambutlah dengan meriah dan berhati2 di dalam perjalanan anda!!
Posted by MT Fansurie at 4:39 PTG 0 comments
Isnin, 23 Ogos 2010
PROGRAM GERAKAN SUBUH
Posted by MT Fansurie at 7:25 PTG 0 comments
Rabu, 18 Ogos 2010
SAMBIL ON9 KITA LAYAN RADIO ON9
Posted by MT Fansurie at 12:42 PTG 0 comments
Ahad, 15 Ogos 2010
AHLAN WASAHLAN SHAHRUL BAROKAH-TINGKATKAN AMALAN DLM BULAN MULIA INI
Posted by MT Fansurie at 9:25 PTG 0 comments
Rabu, 4 Ogos 2010
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dengan kerjasama Surau Kampung Perlis akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam seperti berikut:
Posted by MT Fansurie at 9:49 PG 0 comments
Jumaat, 30 Julai 2010
NEW SIN CHAN??!!
Posted by MT Fansurie at 4:41 PTG 0 comments
Rabu, 28 Julai 2010
KURSUS ASAS KESUKARELAAN SIRI KE 5
Sesi kursus selama 3 hari dua malam ini agak padat namun celoteh penceramah amat menghiburkan menyebabkan keletihan tidak terasa sepanjang kursus ini. Banyak tip-tip dan ilmu berkaitan kerja kesukarelaan diperoleh yang dapat dimanfaatkan kelak. Tamabahan latar peserta dari pelbagai agensi/badan seperti dari Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, Rela, PBSM, Women Council, Majlis Belia Daerah Pendang, dan Yayasan Salam memberi peluang peserta untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dan idea.
Posted by MT Fansurie at 11:53 PTG 0 comments
Khamis, 22 Julai 2010
PENJAJA ROPE WALK XMAHU PINDAH
GEORGE TOWN - Seramai 288 penjaja dan peniaga kecil Rope Walk, Lorong Kulit di sini menolak cadangan penyusunan semula tempat penjaja oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mahukan sebahagian mereka dipindahkan ke Jalan Perak di sini.
Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil di situ, Yeoh Beng Hock berkata, cadangan itu akan menjejaskan pendapatan kerana mereka pernah dipindahkan pada tahun 2002 dan perniagaan mereka telah merosot begitu teruk.
"Perniagaan di Lorong Kulit ini telah beroperasi lebih 20 tahun dan ramai orang tahu kewujudan kami di sini.
"Jika MPPP melaksanakan penyusunan semula tempat perniagaan ia akan menambah masalah sedia ada," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurutnya, kesemua penjaja telah menandatangani memorandum untuk diserahkan kepada MPPP dalam masa terdekat.
Katanya, memorandum tersebut membantah cadangan penstrukturan semula itu tanpa rundingan dengan mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail untuk menyelesaikan masalah itu.
-PETIKAN AKHBAR KOSMO
Harap diselesaikan dengan baik dalam situasi menang-menang
Posted by MT Fansurie at 2:21 PG 0 comments
Ahad, 18 Julai 2010
TAKLIMAT SUKARELAWAN
Posted by MT Fansurie at 6:51 PTG 0 comments
Rabu, 14 Julai 2010
PAUL:HAIWAN PALING POPULAR DEMAM BOLA SEPAK 2010
PAUL,SI AHLI NUJUM; itulah nama sotong kurita berusia 2 tahun ini yang amat dikenali sepanjang kempen Piala Dunia di Afrika Selatan tahun ini. Kenapa? Ini kerana buat pertama kalinya keseluruhan tekaan haiwan ini yang membabitkan pasukan Jerman adalah BETUL!!1Bahkan tilikan haiwan ini bagi perlawanan terakhir di Piala Dunia 2010 serta dirinya sendiri yang akan bersara selepas ini yang tidak melibatkan Jerman (negara haiwan ini ditempatkan) adalah BETUL!!
SURATAN ATAU KEBETULAN???
Posted by MT Fansurie at 1:28 PG 0 comments
Labels: info
TAMAT WC2010:SEPANYOL CIPTA GEMILANG REKOD DI PIALA DUNIA
HILANG DEBARAN serta teka teki antara finalis Piala Dunia 2010, Sepanyol vs Belanda: siapa yang menjulang Piala Berprestij tersebut yang merupakan cetakan juara baru dalam rekod kejohanan tersebut. Ini kerana kedua-duanya masih belum pernah muncul juara walaupun Belanda sudah 3kali hampir mendakap piala tersebut.
Kejuaraan sah milik Sepanyol apabila mengalahkan Belanda dalam perlawanan sengit dan agak kasar (13kad kuning dilayangkan 1 kad merah;rekod baru dalam perlawanan akhir) dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Iniesta.
# mUNGKINKAH mALAYSIA DI PENTAS 2014??!! ;)
Posted by MT Fansurie at 1:20 PG 0 comments
Rabu, 7 Julai 2010
CERITA BOLA: WORLD CUP VS MSL
Apa jadi dengan skuad bolasepak negeri ini? Pertukaran jurulatih telah pun dibuat..Namun malang keputusan masih tiada perubahan. Harap mereka yang terlibat secara langsung dengan skuad ini dapat membuat sesuatu agar keputusan memalukan ini tidak lagi berulang. Jangan Harimau Kumbang terus hilang taring menjadi harimau jinak yang mudah dijinakkan..
Posted by MT Fansurie at 6:03 PTG 0 comments
Ahad, 6 Jun 2010
MALAM PERTAMA...
Posted by MT Fansurie at 5:10 PTG 0 comments
BENARKAH?? Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun
akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar
ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya
sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat
diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad
menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah
dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan
penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau
sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap
meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah
pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat
merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat
dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air
kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga
pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah
kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang
sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi,
pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana
mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini
kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah
lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam. _,
SUMBER : SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA
Posted by MT Fansurie at 5:07 PTG 0 comments
Labels: info
YOUTH '10 DI PWTC MERIAH
Posted by MT Fansurie at 4:50 PTG 0 comments
Selasa, 1 Jun 2010
KUTUKAN ATAS SERANGAN YANG DILAKUKAN ISRAEL!!!
MARILAH sama-sama kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Serangan itu telah menunjukkan kepada dunia wajah sebenar Israel dan seharusnya membuka mata dunia terutama negara-negara bukan Islam bahawa Israel bukan sahaja menyerang orang Islam semata-mata malah mereka yang bukan Islam. Apa sahaja sanggup dilakukan asalkan matlamat mereka dicapai.
Posted by MT Fansurie at 10:11 PTG 0 comments
Jumaat, 5 Mac 2010
RASULULLAH DALAM INGATAN : SAJAK- RASULULLAH BULAN PURNAMA
Rasulullah bulan purnama
cahayanya cerah menerangi buana,
Menyuluh kehidupan manusia
memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya,
Manusia selamat di dalam perjalanan mereka,
Dari kesesatan dan khurafat serta marabahaya,
Para Sahabat laksana bintang-bintang di keliling purnama,
Bertambah indah purnama dan makin terserlah
cahaya kebesarannya,
Laksana raja-raja dikelilingi oleh pembesar-pembesarnya,
Bertambah hebat dan agung Rasulullah dibuatnya,
Para Tabi’in laksana bintang-bintang
yang berselerak di seluruh dunia,
Menyuluh di malam gelap-gelita dan memeriahkan suasana,
Panduan orang yang berjalan di tengah padang pasir
dan hutan belantara,
Banyak orang yang selamat daripada kesesatan perjalanan
di malam yang gelap-gelita,
Para mujtahidin, para mujaddidin dan ulama ul ‘amilin
obor di zamannya,
Menerangkan juga alam buana, kehidupan manusia
yang hiruk-pikuk dan sibuknya,
Cahaya-cahaya yang dibawa mereka boleh juga
diguna dan dimanfaatkan,
Mudah juga manusia berjalan di dalam suasana gelap-gelita,
Para mubaligh dan da’i membawa pelita kehidupan
di zamannya,
Walaupun cahayanya tidak jauh pancarannya,
Namun cahaya-cahayanya mencerahkan juga
kehidupan manusia,
Siapa yang sudi bernaung di bawah cahayanya,
pimpinan kehidupan dapat juga.
Posted by MT Fansurie at 12:20 PG 0 comments
RASULULLAH DALAM INGATAN : LIRIK RASULULLAH (HIJJAZ)
Posted by MT Fansurie at 12:04 PG 0 comments
Rabu, 3 Mac 2010
RASULULLAH DALAM INGATAN : MENTELADANI SIFAT RASULULLAH
Posted by MT Fansurie at 10:50 PTG 0 comments
Labels: RENCANA
Jumaat, 26 Februari 2010
Corak kehidupan masyarakat pengaruhi peribadi remaja
Oleh UMMU ZAYDA
Menjadi ibu bapa pada zaman yang sangat pesat berkembang dan berubah bukan mudah. Para ibu bapa sekarang menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mereka.
Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak-anak mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nafsu syahwat, cara gaya, berpakaian, dan lain lain.
Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai-bagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik, iaitu yang melekakan, yang mengkhayalkan, yang menyelewengkan akidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan pelbagai jenis salah laku dan jenayah di kalangan remaja.
Dengan pembangunan sosioekonomi yang berlaku begitu pesat sekali, minda kita, ketahanan iman kita, jati diri kita mudah tergugat akibat dari pengaruh pemikiran yang diimport, budaya dan nilai nilai luaran yang mencemari serta menghakis keperibadian, nilai dan budaya Timur dan Islam.
Kemewahan dan kebendaan ekoran daripada kekayaan yang dinikmati hasil daripada usaha-usaha pembangunan ekonomi telah sikit demi sikit mula menghakis dan mencemari pemikiran, nilai dan budaya kita. Akhirnya, ketahanan diri remaja lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam penagihan dadah, aktiviti-aktiviti jenayah, lepak, pengangguran, maksiat dan berbagai bagai gejala yang kita sentiasa mendengar dan membaca dari media elektronik dan cetak.
Patutkah kita pertanggungjawabkan segala masalah dan gejala tersebut ke atas bahu ibu bapa? Mungkinkah ada kuasa lain yang boleh membendung atau mengawal daripada merebaknya penyakit-penyakit sosial dari kalangan masyarakat kita! Memang tidak boleh disangkal bahawa peranan ibu bapa sekarang adalah jauh berbeza daripada tanggungjawab ibu bapa satu jenerasi sebelum ini. Mampukah ibu bapa membendung berlakunya perkara ini?
Ketika kanak kanak dahulu, mereka manja, suka disayangi, suka dipeluk cium dan sangat menghiburkan ibu bapa. Tetapi apabila mereka menjangkau ke peringkat remaja, mereka berubah laku, tidak suka lagi berbincang atau berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.
Remaja lebih suka berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Jika mereka pilih daripada rakan-rakan yang terdiri daripada mereka yang mengajak kepada kebaikan, bersyukurlah kita.
Bagaimanapun, ramai daripada mereka lebih suka mengajak kepada kemungkaran dan maksiat. Sedikit demi sedikit tabiat buruk akan meresap ke dalam jiwa remaja dan akhirnya alam mereka berubah kepada yang buruk.
Remaja sekarang lebih suka menghadap telivisyen, radio dan komputer daripada bersemuka dengan ibu bapa dan adik beradik. Ini mempunyai kesan yang begitu negatif sekali kerana dengan keashikan mereka mengabaikan pelajaran. Mereka tidak menyahut panggilan ibu bapa untuk makan bersama, untuk sembahyang bersama dan untuk aktiviti-aktiviti bersama.
Oleh sebab keasyikan ini juga, tugas harian mereka seperti mengemas bilik, membasuh pakaian, membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran semuanya terganggu dan terbiar. Akibatnya, mereka akan mengalami masalah dalam proses pendidikan mereka, ada yang gagal, ada yang terkecundang.
Pergaulan dengan rakan rakan remaja mengakibatkan mereka mempelajari tabiat yang negatif. Mereka bermula merokok, minum arak dan dengan sedikit demi sedikit mereka terdedah kepada aktiviti aktiviti maksiat seperti disko, kelab malam dan banyak dikalangan mereka terperangkap dalam aktiviti perzinaan atau lain lain aktiviti seksual di luar nikah. Yang lebih teruk lagi terperangkap dalam gejala penagihan dadah dan lain jenis jenayah seperti mencuri, merompak, peras ugut dan lain-lain.
Ramai daripada kita mengalami berbagai-bagai masalah anak khususnya di peringkat remaja dan zaman muda mereka. Sebagai ibu bapa bagaimana kita cuba mencegah daripada berlakunya keadaan sedemikian?
Pada pandangan saya sendiri, perkara yang terpenting dalam membendung gejala gejala sosial dan jenayah remaja ialah asas pendidikan ugama Islam yang perlu dipertekankan sejak dari kecil lagi, menentukan bahawa anak anak kita menghayati agama dengan menguatkan akidah serta amalan.
Kita perlu meningkatkan kefahaman al-Quran dari masa ke semasa, memperbaiki amalan amalan yang dituntut oleh Allah dan ini dikerjakan bersama di kalangan ahli-ahli keluarga dan bapa sebagai ketua dalam aktiviti ini. Malangnya dalam zaman yang begitu mewah sekali, kebanyakan daripada kita leka dan memandang rendah pada aktiviti keagamaan. Pada pendapat saya agama Islam sahajalah yang boleh menyelamatkan anak-anak remaja kita dari segala gejala dan penyakit sosial yang dialami oleh remaja sekarang.
Para remaja suka mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dan juga pemimpin negara. Oleh hal yang demikian itu, kita sebagai ibu bapa dan sebagai pemimpin patut memberi contoh yang terbaik seperti yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik dalam membentuk akhlak dan keperibadian manusia. Para remaja perlu bimbingan, pedoman, sokongan dan galakkan untuk melakukan amal maaruf.
Para pemimpin dan pentadbir pula perlu mengadakan dasar dan undang-undang yang menuju ke arah membendung dan jika boleh membasmi terus maksiat yang kini sedang bermahrajalela di kalangan masyarakat kita. Hapuskan tempat-tempat maksiat (perjudian, pelacuran, minum arak, tarian-tarian, karaoke dan sebagainya) seperti kasino, pub, disko, sarang-sarang pelacuran dan sebagainya.
Hentikan atau tarik balik lesen mereka. Jika sukar tempatkan pusat-pusat maksiat tersebut dipusat bandar besar sahaja. Kawasan-kawasan perumahan seperti Bangsar, Damansara, Ampang dan lain-lain lagi patut dibersihkan dari unsur-unsur maksiat tersebut. Tentukan undang-undang dikuatkuasan mengikut lunas-lunas Islam. Apabila kita hanya memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja, nescaya generasi akan datang khususnya para remaja Islam akan musnah.
Nikmat Islam adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, dan nikmat ini perlu dipelihara dan dijaga hingga akhir hayat kita. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 102 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Tidak sempurna Islam kita, melainkan dengan ilmu dan keindahan ilmu itu dengan akhlak. Ilmu tanpa akhlak tidak akan berfaedah. Penentuan kebaikan akhlak dan ketinggian moral diukur dengan agama dan akal. Kesimpulannya seseorang itu tidak akan sempurna agamanya kalau dia jahil tentang ajarannya dan kalaupun dia ada ilmu tidaklah sempurna ilmunya itu kalau akhlaknya tidak sempurna.
Untuk menyempurnakan ilmunya itu, dia perlu menggunakan akal fikirannya, untuk mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perangai itu. Agama Islam adalah agama akhlak. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Agama itu adalah kebaikan akhlak.”
Baginda juga bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan susulilah perbuatan jahat yang telah dilakukan dengan perbuatan baik yang memadamkannya, dan bergaullah kamu sesama umat denganpergaulan yang baik. Jelasnya untuk menjaga imej Islam, menampakkan keindahan Islam sesama Islam dan kepada yang bukan Islam juga ialah dengan pergaulan dan akhlak yang baik.”
Di dalam ajaran Islam, sebagaimana yang telah kita maklumi, untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, kita tidak hanya disuruh mencari akhirat dengan meninggalkan dunia, atau sebaliknya mencari dunia dengan meninggalkan akhirat.
Kembali kepada sejarah umat Islam generasi pertama, generasi Nabi Muhammad, sahabat dan tabi’in yang dikatakan sebagai salaf mereka telah mewakili masa mereka dalam menampakkan kewibawaan ummah, mereka telah mentahkikkan apa yang dianugerah Allah kepada mereka iaitu sebagai Khairun Ummah dan mereka juga menjadi Ummatan Wasatha. Jelasnya, apa yang dijelaskan Allah di dalam al-Quran dalam dua ayat berikut telah mereka laksanakan, iaitu firman Allah yang bermaksud.
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia (sebagai umat contoh) kamu menyuruh orang membuat kebajikan dan melarang orang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110)
Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan begitulah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan untuk menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu.” (al-Baqarah: 143)
Kalau kita kaji sejarah mereka yang terdahulu, yang telah maju dari segi dunia dan akhirat. Mereka telah memberi sumbangan kepada tamaddun dunia dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi, dan mereka juga tidak mengabaikan tugas dakwah mengajak orang ramai kepada tauhid, kepada amal baik, kepada akhlak mulia, sebagaimana yang merekatunjukkan dalam hidup mereka. majoriti umat berdisiplin dan berusaha memajukan diri demi untuk kepentingan diri dan masyarakat ramai. Inilah yang kita harapkan daripada masyarakat Islam kita hari ini.
Marilah kita bekerjasama, berganding bahu masing-masing dengan kemampuan untuk membasmi segala gejala yang tidak sihat di dalam masyarakat kita demi untuk menjaga imej kita di dalam negara yang sedang meningkat maju ini dalam menghadapi alaf baru.
Dalam usaha mencapai matlamat pembentukan akhlak terpuji, nilai-nilai keislaman perlu menjadi teras dalam kehidupan. Langkah menerapkan keimanan dan ketakwaan dalam diri anggota masyarakat amatlah penting sebagaimana ditegaskan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa kepincangan di kalangan umat kini adalah berpunca dari dalam diri yang mementingkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain.
Manifestasi daripada keruntuhan akhlak dan moral yang melanda umat dewasa ini, maka negara kita dibebani dengan pelbagai masalah seperti jenayah, rasuah, pelacuran, penderaan, perjudian, maksiat, zina, sumbang mahram, budaya kuning, pergaulan bebas, bersekedudukan, dan sebagainya.
Corak kehidupan masyarakat hari ini banyak yang tidak membantu ke arah menangani masalah keruntuhan akhlak. Contohnya sikap individualistik dan tidak pedulikan jiran. Melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar makin terhakis. Malahan sesetengah ibu bapa enggan menerima teguran dan nasihat. Berlaku perbalahan dengan jiran kerana tegur menegur kelakuan anak-anak. Guru turut menjadi sasaran ibu bapa kerana menggunakan sedikit ketegasan dalam mendisiplinkan pelajar.
Pengaruh media elektronik dan media cetak yang menonjolkan ‘budaya hawa nafsu’ dikatakan di antara punca keruntuhan akhlak. Banyak bahan yang disiarkan sama ada dari filem Barat, drama tempatan, iklan-iklan perniagaan sebagainya memaparkan adegan-adegan yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Media memberikan cermin diri kepada remaja mengenai gaya hidup yang jauh beza dan janggalnya dengan cara hidup timur kita.
Adalah sangat menyedihkan dan sangat memilukan hati, serta memalukan agama dan masyarakat, jika terdapat lagi di kalangan kita mereka yang hanya meniru sesuatu yang rendah, yang memalukan dan yang menunjukkan kerendahan moral. Sedangkan umat Islam ada peraturan dan adab sopannya yang tersendiri bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, pengajaran Allah dan Rasul-Nya.
Marilah kita bersama melakukan sesuatu memainkan peranan menasihatkan anak-anak kita, generasi muda dan para belia serta beliawanis yang ada hubungan dengan kita, kawan sekerja dan sahabat handai kita, agar mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah sesuatu yang mahal harganya, yang perlu kita pelihara, jaga nama baiknya dan maruahnya.
Marilah kita jaga akhlak Islamiah kita, nilai-nilai moral yang tinggi yang menjadi warisan kita dan contoh-contoh yang baik yang patut kita anuti untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.
“Demi masa, manusia sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal salih, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (al-‘Asr)
sedutan ummatanwasatan.net
Posted by MT Fansurie at 2:28 PG 0 comments
Khamis, 25 Februari 2010
SALAM MAULIDURRASUL
Posted by MT Fansurie at 8:05 PTG 0 comments