BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 24 Ogos 2009

RAMADAN IT :)

RAMADAN IT.
Start - @1hb Ramadan 1430
Software- Puasa Ramadan 1430
Format - Munasabah Diri
Reboot - Taubat
Set - Niat
Internet Explorer ( Surf ) - (www.) ALLAH swt
Select _ Puasa Ramadan 1430
Google ( search ) - Lailatul Qadr
ebay( shop for ) - Pahala
Update - Iman dan ilmu
Download - Sabar dan Taqwa
Upload - Ibadat dan Doa
Control - Hawa Nafsu
Alternate - Juadah Iftar
Delete - Dosa
Shift - yg baik kpd yg lebih baik
Copy - Sunnah Nabi Muhammad saw
( ber )Yahoo _ @1hb syawal 1430
Save as _ Seorang Mukmin dan Muttaqin
Turn off ( matikan ) Computer - Mati dlm Islam .
Terim kasih atas perhatian anda semua dan selamat berpuasa.

INFO: BERBUKA MENGIKUT SUNNAH

Berbuka Puasa Mengikut Sunnah
oleh : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Sumber: Buletin Al-Khadeem

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika
berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah
segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu
Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah!
sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau
mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in
an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di
antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda
Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika
matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk
berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w
bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan
berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka
puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar
pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran.
Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin
Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada
rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk
beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat
Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan
malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat
telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat
Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah
didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan
makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” - Hadis riwayat al-Bukhari,
no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka
surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya
makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan
kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana..

Firman Allah S.W.T:
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat
ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau.
Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk
kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman.
Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang
bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan
pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya
(memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
- Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk
menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya
kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami
langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”
-Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang
begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah
gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya
sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak
dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735..

INFO: BERSAHUR CARA RASULULLAH

Bersahur Cara Rasulullah
oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS
SUMBER:AL-KHAADEM

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat
keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu
terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam
ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur
itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab,
menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang
timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta
saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan
memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa
sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah
puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah
makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan
rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan
sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun
dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya
meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya
Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” -
Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan
solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan
azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar
sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak
membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi
Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga
terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya
siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:

“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk
mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r..h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana
waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar
waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit
sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat.
Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kirakira
(membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah
sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak
lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis
tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda
makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan
waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi
s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai
bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang
itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan
kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal
maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan
keletihan pada siang harinya.

.

Ahad, 23 Ogos 2009

AHLAN YA RAMADHAN

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DARI SIDANG REDAKSI. TINGKATKAN AMALAN DI BULAN MULIA INI

Sabtu, 15 Ogos 2009

SEMINAR KEKELUARGAAN "KELUARGAKU SYURGAKU'

Adalah dengan segala hormatnya dijemput semua menghadirkan diri ke program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Titian Kasih pada.:
TARIKH : 16 OGOS 2009 (AHAD)
TEMPAT: HOTEL NAZA PULAU PINANG
MASA :8.00 PAGI - 4.00 PTG

8.30pg
Pendaftaran
9.00pg
Minum Pagi
9.30pg
Doa
Ucapan Aluan Oleh Datin Hajah Marina Puteh
Ucapan Perasmian Oleh YB Dato' Aminah Abdul Rahman Ketua Pengarah LPPKN Malaysia
Penyampaian Cenderahati
10.30pg
Ceramah HIV/AIDS Oleh Dr Azura dari LPPKN
11.30pg
Ceramah Dadah dikalangan remaja masa kini oleh aadk pulau pinang
12.30tghari
Makan Tengahari/Solat Zohor
2.00ptg
Ceramah Keluargaku Syurgaku Oleh Ybhg Puan Hajah Ustazah Che Bee Bt Din
Dari Perlis (Adik Kepada Dato' Harun Din)
4.00ptg
Bersurai

Selasa, 11 Ogos 2009

DR ANWAR SASTERAWAN NEGARA KE 10



Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan atau nama lebih popularnya Anwar Ridhwan hari ini diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10.



Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima hadiah wang tunai RM60,000, termasuk kemudahan mencipta karya sastera, kemudahan menerbit karya dan kemudahan perubatan percuma kelas satu di hospital kerajaan.Sebanyak 50,000 naskhah daripada karyanya juga dijamin akan dibeli kerajaan. Karyanya yang sesuai pula akan diterjemah kepada bahasa asing.Dr Anwar akan menerima anugerah berprestij itu daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Ogos ini di Kuala Lumpur.Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.
Dr Anwar menghasilkan empat novel, empat kumpulan cerpen, empat drama, sebuah kumpulan sajak dan tiga buku esei. Selain Naratif Ogonshoto dan Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, drama Yang Menjelma dan Menghilang diterjemah kepada bahasa asing. Manakala drama pentasnya pula telah puluhan kali dipentaskan dalam pelbagai majlis.Lulusan pengajian Melayu Universiti Malaya itu pernah mengikuti program penulisan antarabangsa di Universiti Iowa, Amerika Syarikat pada 1986 dan menjadi profesor pelawat di Tokyo University of Foreign Studies (1997-2000).Beliau kini bertugas di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebagai dekan Fakulti Penulisan. Beliau sebelum ini dikurniakan Anugerah Sastera Perdana pada 2002 yang dianggap anugerah kedua paling berprestij selepas Sasterawan Negara.Anugerah yang diperkenalan pada 1979 menjadi pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat sastera bahasa Melayu yang memberi sumbangan cemerlang.
TAHNIAH DR ANWAR RIDHWAN !!
#Kredit untuk Malaysiakini

Isnin, 10 Ogos 2009

JOM DERMA DARAH SEBELUM PUASA!!




SATU program Derma Darah anjuran PDC dan ANSARA akan diadakan seperti berikut :-



Tarikh :

14 - 15 hb Ogos 2009

Tempat :

1. Mayang Mall Bayan Baru (berhampiran dgn Old Town & D'Piazza)


2. Jusco Bandar Perda, Bukit Mertajam

Masa :

10 pagi - 5 petang


"Derma Darah Selamatkan Nyawa!"

SUKARELAWAN BAKTI



Salam Semua...
Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya, sebab doktor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer.. Bila dah dipotong barulah dapat Nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar. Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang.Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat .Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star.. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam.
RINGANKAN TANGAN HULURKAN BANTUAN...
Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang kan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan. Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara..
BANTULAH ADIK INI...
Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga jalan.Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan kembar dua) dan akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (al wadiah) adalah 4-915303305.
TIDAKKAH ANDA MEMPUNYAI BELAS KASIHAN
Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan.
Nama anak : Nur Fatin Najwa Mohd Rashidi
Usia : 3+ bulan (pada 10/8/05)
BERILAH SINAR BARU KEPADANYA
Kaki kanan dipotong pada hari ketiga kelahirannya ke dunia ini. Kaki kanan semasa dilahirkan mempunyai ketumbuhan yang menutupi kedua-dua saluran hadapan dan belakang. Anak bongsu dari 9 beradik ini memerlukan rawatan lanjut di Hospital Alor Setar. Mohon sumbangan dari tuan/puan Yang perihatin supaya anak kecil Ini akan mendapat peluang untuk menerima rawatan yang lebih Sempurna. Hulurkan sumbangan anda di Tabung yang disediakan.
Atau, hubungi sendiri bapa Nur Fatin Di talian 019 4023596 (Rashidi)
SUMBANGAN UNTUK HAMBA ALLAH DARI HAMBA ALLAH KERANA ALLAH.
Terima Kasih.
Tak derma tak peeee....sebarkanlah cerita ni pd org lain.
# email dari mbn penang

Khamis, 6 Ogos 2009

KHASIAT AIR





Berikut adalah hasil kajian tentang Khasiat Air adalah untuk dijadikan amalan harian kita dan anak-anak.

PEMAHAMAN2 ASAS
Elok jika kita sama-sama menyedari bahawa tubuh badan kita yang zahir (“physical”) termasuk otak dan sistem saraf manusia dibina dengan jutaan sel (75 trillion). Setiap satu memerlukan makanan, oksigen, mengalami proses penghazaman, pembuangan, pembinaan, dan mati.

SEL-SEL OTAK & CARA-CARA IA BERFUNGSI
“Sel-sel itu dibina, hidup, berfungsi, makan, perlu dibersihkan ...” Sel-sel wujud dan berfungsi sebagai organ-organ yang hidup dan mempunyai jentera-jentera yang mutlak. Mereka memerlukan bahan pembinaan (protin atau asid amino dan lemak), bahan tenaga (glukos dan oksigen), bahan ‘pelincir’ dan ‘katalisator’ (enzim, co-enzim, vitamin, zat galian, dll.), bahan penghantar dan pembesar (hormon, asid nitric), dan air serta suhu yang tepat.

Bahan-bahan dibekalkan melalui proses penukaran di sempadan darah dengan sel (blood-brain barrier) dan digunakan melalui proses-proses receptor-transfer bagi sel-sel badan, dan melalui synapse-transfer bagi sel-sel otak-saraf di mana tindakan-tindakan yang terlibat di dalam proses transmissi dan rangkaian berlaku.

Bahan-bahan ini juga mesti wujud dan hadir dalam sukatan, pati kepekatan, campuran dan jenis yang tertentu pada setiap detik. Ia juga mengambil kira fungsi-fungsi yang perlu dilakukan berdasarkan stimulasi atau desakan yang timbul pada detik-detik waktu itu. Jika faktor-faktor ini tidak wujud, fungsi-fungsi yang dihasilkan tidaklah mempunyai kekesanan yang sempurna.
Dalam semua proses-proses ini, AIR merupakan bahan yang amat penting selaku transport system dan landasan kimia (chemical base) memandangkan sel-sel berfungsi dalam bentuk proses-proses kimia dan elektrik. Oleh sebab-sebab ini dan keterangan berikut, AIR amatlah penting, dan kita perlu memenuhi keperluannya.

‘AIR’ ITU MAKANAN & PENAWAR
Sel-sel dan tisu-tisu dalam badan kita memerlukan AIR untuk :
1. Proses penghadaman
2. Mengangkut zat makanan dan oksigen ke sel-sel
3. Mengangkut dan membuang bahan-bahan racun
4. Menyejukkan suhu badan
5. Melembutkan dan melincirkan sendi-sendi
6. Memecahkan lemak dan mengangkut atau membuangnya

Jika bekalan AIR berkurangan, masalah-masalah berikut akan timbul:
1. Darah bertambah pekat dan alirannya akan terganggu
2. Bila pekat, sel-sel immune mengalami kesukaran bergerak dan memerlukan lebih banyak tenaga. Akibatnya, sistem ketahanan (“immune system”) tergugat.
3. Bahan-bahan racun dalam badan tidak dapat dialirkan keluar
4. Organ-organ tidak cukup air untuk disiram (atau ‘flush’)
5. Masalah batu karang mudah timbul
6. Lemak mudah terlekat di tisu-tisu: akibatnya - mudah gemuk
7. Otot-otot bertambah lembek dan tidak kental atau kuat
8. Proses dan mutu penghadaman akan merosot
9. Bahan-bahan makanan yang tidak dihadam menjadi busuk
10. Kelebihan racun yang tidak dibuang menggugat sel-sel
11. Kerana sel-sel tergugat, kelebihan air akan bertakung
12. Vitamin, zat galian dan enzim-enzim lain tidak dapat diproses dan tidak dapat disalurkan ke sel-sel dan tisu-tisu.


SISTEM IMMUNE & KESELAMATAN BUAH PINGGANG
Anak kita pernah makan makanan yang mengandungi banyak gula atau garam. Banyak juga makanan yang mengandungi karbohidrat (potato chips, french fries, dsb). Makanan-makanan seperti ini membuat darah bertambah pekat. Ia menggugat perjalanan sel-sel immune yang bertugas membunuh bakteria atau virus. Kesannya: sistem ketahanan menjadi lemah.

Lebih dari itu, hal-hal ini membuat buah pinggan perlu bekerja lebih kuat (oleh sebab terpaksa memproseskan darah yang bertambah pekat) dan ini labat-laun memecahkan tubules dalam buah pinggang yang diperlukan untuk menapis. Jika tubules rosak, proses tapisan akan tergendala. Banyak problem … kidney failure … dialysis .. dll.

Anak juga tidak digalakkan minum mineral water kerana (selain dari harga yang mahal) mineral yang berlebihan menimbulkan masalah yang serupa kepada buah pinggang dan tubules-nya.

KEPERLUAN AIR SETIAP HARI
* Dewasa memerlukan 8-15 gelas air sehari; bagi anak … 8-10.
* Jika bersenam atau semasa cuaca panas, air ditambah 13-14 gelas sehari
* Bagi orang-orang yang berat badannya berlebihan, tambahan diperlukan setiap hari, iaitu 1 gelas ditambah bagi setiap 10-11kg berat badan yang berlebihan.

JANGAN MAKAN BERULAMKAN AIR
Kami juga galakkan anak minum sebelum atau selepas makan. Jangan minum semasa makan kerana air akan mencairkan asid yang diperlukan untuk penghadaman. Jika makanan tidak lengkap dipecahkan oleh asid, ia menjadi “pekasam”, busuk dan sumber pembiakan bakteria.

ADAB & SUNNAH
Kita juga perlu menjaga adab meminum dengan Basmallah, sedikit-dikit, jangan teguk sekali gus, dan peganglah gelas dengan tangan kanan.

Wallahu`alambissawab

Mansor Haji Sukaimi
Konsultan NURY

WACANA PERPADUAN 1 MALAYSIA

Tuan/Puan dijemput ke:

Wacana Perpaduan 1 Malaysia : Harapan dan Tanggungjawab Belia Malaysia
Tarikh : 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 1.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bukit Jawi Golf Resort Jawi, Seberang Perai Selatan

Wacana Perpaduan ini akan dihadiri oleh YB Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir dan beliau akan memberikan ucaptama dan sesi dialog bersama belia negeri pulau pinang.

Harap tuan/puan dapat menghadirkan diri ke wacana tersebut dan dapat menghebahkan kepada rakan-rakan belia yang lain demi perjuangan belia pulau pinang

Sekian, terima kasih.

Daripada
Habibur Rahman Bin Seeni Mohamed
Pen.Setiausaha Kerja
Majlis Belia Negeri Pulau Pinang
Tel: 04-2285799

KATAK OO KATAK !!!








Kodok jenis ini ditemukan di India sekitar tahun 2003. Jenis makhluk ini tidak pernah ditemukan di benua manapun sebelum 2003. Kodok ini hidup di radius 14 km bahagian selatan India. Para ahli mengatakan bahwa makhluk jenis ini adalah jadian, ada juga yang percaya bahawa kodok ini hidup pada zaman Dinosaurus-sedutan email sahabat SIM

Isnin, 3 Ogos 2009

KEMALANGAN NGERI YANG PERNAH SAYA ALAMI

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris."You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
SEDUTAN 100% DARI BLOG FAISAL TEHRANI, PENERIMA ANUGERAH SENI NEGARA 2006. CERITA INI LUCU, HASIL KARANGAN SEORANG MURID SEKOLAH. NAMUN JIKA NILAI SEMULA DAPATKAH KITA KITA BAYANGKAN KE MANA ARAH BAKAL MASA DEPAN NEGARA