BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 22 Julai 2010

PENJAJA ROPE WALK XMAHU PINDAH

GEORGE TOWN - Seramai 288 penjaja dan peniaga kecil Rope Walk, Lorong Kulit di sini menolak cadangan penyusunan semula tempat penjaja oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mahukan sebahagian mereka dipindahkan ke Jalan Perak di sini.
Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil di situ, Yeoh Beng Hock berkata, cadangan itu akan menjejaskan pendapatan kerana mereka pernah dipindahkan pada tahun 2002 dan perniagaan mereka telah merosot begitu teruk.
"Perniagaan di Lorong Kulit ini telah beroperasi lebih 20 tahun dan ramai orang tahu kewujudan kami di sini.
"Jika MPPP melaksanakan penyusunan semula tempat perniagaan ia akan menambah masalah sedia ada," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurutnya, kesemua penjaja telah menandatangani memorandum untuk diserahkan kepada MPPP dalam masa terdekat.
Katanya, memorandum tersebut membantah cadangan penstrukturan semula itu tanpa rundingan dengan mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail untuk menyelesaikan masalah itu.

-PETIKAN AKHBAR KOSMO

Harap diselesaikan dengan baik dalam situasi menang-menang

0 comments: