BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 28 Julai 2010

KURSUS ASAS KESUKARELAAN SIRI KE 5

BARU-baru ini satu kursus berkaitan bidang kesukarelaan iaitu Kursus Asas Kesukarelaan anjuran Institut Sosial Malaysia telah diadakan di negeri Pulau Pinang ini. Pulau Pinang merupakan destinasi kelima iaitu pada 23hb-25hb Julai 2010 di Hotel Royal, Pulau Pinang dan akan diikuti di Terengganu pd 30 Julai - 1 Ogos dan terakhir di Kuala Lumpur pada minggu berikutnya. Kursus ini adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui berkaitan kerja kesukarelaan tidak kisah dalam agensi atau badan mana disertai. Namun begitu tempat adalah terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap siri.

Sesi kursus selama 3 hari dua malam ini agak padat namun celoteh penceramah amat menghiburkan menyebabkan keletihan tidak terasa sepanjang kursus ini. Banyak tip-tip dan ilmu berkaitan kerja kesukarelaan diperoleh yang dapat dimanfaatkan kelak. Tamabahan latar peserta dari pelbagai agensi/badan seperti dari Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, Rela, PBSM, Women Council, Majlis Belia Daerah Pendang, dan Yayasan Salam memberi peluang peserta untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dan idea.


Secara keseluruhan kursus seperti ini amatlah baik dan dapat diteruskan lagi selepas ini dalam mendidik masyarakat untuk menyelami kerja kesukarelaan dan memupuk semangat ini ke dalam setiap jiwa anak Malaysia. Agak menarik kerana kehadiran di sini adalah dari pelbagai peringkat usia dan telah mendapat pujian dari urusetia atas komitmen yang ditunjukkan berbanding siri-siri sebelum ini. Syabas dan tahniah kepada semua peserta...!!

0 comments: