BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 29 Jun 2009

SEPANYOL PULIH MARUAH,BRAZIL KEKAL JUARA

Piala Konfederasi melabuhkan tirai awal pagi Isnin waktu Malaysia menyaksikan pertemuan Juara Dunia 5 kali serta juara bertahan, Brazil dengan pasukan penuh kejutan pada saingan kali ini, USA. Tahniah diucapkan kepada penyokong serta pasukan Brazil yang menewaskan USA dengan jaringan 3-2. Pada satu ketika keadaan seperti memihak kepada pasukan USA apabila mendahului 2-0 walau perlawanan baru berusia 30 minit. Kegelisahan terpancar di muka Dunga, jurulatih pasukan kebangsaan Brazil. Jelas USA bukanlah lawan mudah walaupun pada saingan kumpulan, Brazil mudah menjinakkan mereka 3-0. Namun Brazil mempamerkan kebangkitan dan watak sang juara apabila mengikat kedudukan 2-2 hasil jaringan Luis Fabiano. Minit-minit terakhir menyaksikan hantaran dari sepakan sudut telah disempurnakan kapten pasukan, Lucio yang merupakan jaringan kemenangan Brazil pada malam itu.Tahniahh....!!!
Sebelum itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Sepanyol juga dikerah untuk bekerja keras sebelum memenangi perlawanan dengan jaringan 3-2. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat sepenuh masa memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Gol sepakan percuma Xabi Alonso mengesahkan kemenangan Sepanyol menewaskan tuan rumah, Afrika Selatan.

Jumaat, 26 Jun 2009

RAJA POP : MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA


Raja Pop, Michael Jackson, 50 tahun telah meninggal dunia lebih kurang jam 2.23 petang waktu tempatan. Kematian bintang ini dikatakan akibat kegagalan jantung beliau untuk berfungsi dan pasukan paramedik yang dikejarkan ke rumahnya tidak dapat menyedarkan dan mengesahkan kematian beliau. Walaupun kehidupan beliau diselubungi kontreversi 10 tahun terakhir beliau, namun kegigihan beliau untuk terus melonjakkan namanya semula harus dipuji dan patut dijadikan teladan. Kematian beliau hanya beberapa minggu sebelum konsert beliau di London dijadualkan bermula. Beliau juga telah dikaitkan memeluk Islam pada penghujung usianya seperti dilaporkan media. Jika benar kenyataan ini, kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Sedutan Berita Harian dibawah:-

"LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau ‘Jacko’ dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.
“Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa bermaksud orang yang terpilih.
Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.
Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.
Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. -Agensi"
BH

Rabu, 24 Jun 2009

TRANSFORMERS : REVENGE OF THE FALLEN


SUDAH DITAYANGKAN BERMULA 24 JUN 2009

Jumaat, 19 Jun 2009

AL FATIHAH....



Dunia Islam kehilangan seorang permata berharga apabila Syeikh Dr Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu yang lalu. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Otel Deo di Timur Beirut ekoran serangan angin ahmar otak.




Syeikh Fathi Yakan lahir pada 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Beliau memperoleh PhD dalam pengajian islam dan bahasa arab. Beliau begitu aktif dalam gerakan Islam sejak tahun 1950 lagi. Beliau juga telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an dan pernah menjawat ketua umum Jamaah berkenaan hingga tahun 1992. Pada tahun 1992 juga beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen sehingga 1996. Syeikh Fathi Yakan juga dikenali sebagai penulis dan pelopor gerakan Islam. Buku-buku beliau menjadi inspirasi para dai, jurudakwah dan aktivis Islam termasuklah di Malaysia. Terdapat karyanya yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu seperti Maza Ya'ni Intimail lil Islam (Mengapa Saya Memeluk Agama Islam).




Mengikut laporan beliau telah kembali ke rahmatullah pada asar hari Sabtu jam 4.45petang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. AlFatihah....

Rabu, 17 Jun 2009

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


Mai semua pakat kita ramai-ramai join sama-sama...join nak pi mana? apa lagi, jom ar kita pakat pi :


SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2009


TEMPAT : INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) BUKIT MERTAJAM,

SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG


TARIKH : 28 JUN 2009 (AHAD)


MASA : 9.00 PAGI - 10.00 MALAM
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA !!

Jangan duk mati kutu, ajak member-member, ajak adik kakak abang...kita pi ramai-ramai..lagu tu la!!

Isnin, 15 Jun 2009

KARNIVAL BELIA PULAU PINANG 2009














Karnival Belia Pulau Pinang anjuran bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Auto-City Juru serta Hotlink telah diadakan pada 14hb Jun 2009. Berlokasi di Auto-City, Juru, karnival yang bertemakan " Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan", telah berjaya menarik pengunjung dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah jam 10 malam. Antara yang menjadi tumpuan pengunjung ialah extreme games, yang membolehkan pengunjung merasai sendiri cabaran flying fox, dan wall climbing secara percuma. Pengunjung juga boleh mencuba permainan Go-Kart, Poket bike, remote control car, dan paintball. Turut diadakan ialah pameran dari badan-badan gabungan MBN serta tidak ketinggalan booth Hotlink.

Karnival turut diserikan dengan persembahan pentas seperti live bands, senamrobik, Tarian hip hop juga kuiz belia.

Khamis, 11 Jun 2009

AKU BUKAN MUSUH HARTA

AKU Bukan Musuh Harta nyanyian kumpulan Kopratasa merupakan sebuah lagu liriknya oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Diharamkan untuk siaran media. Kenapa ye? Rasanya tiada masalah dengan lirik tersebut. Sebuah nasihat yang amat berguna kepada kita. Baik dengar sendiri dulu.Layannn...


Sedut bersama2 di : AKU BUKAN MUSUH HARTA


# Harta juga bukan musuhku... :)

Selasa, 9 Jun 2009

UTAMAKAN KESELAMATAN




UTAMAKANLAH KESELAMATAN...!!

AMAZING PICS




JANGAN MINUM AIR??!!


Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.Doktor berkata bahawa haba panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati,dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Haba panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

WARN YOUR WIVES/GIRLFRIENDS AND DAUGHTERS

Isnin, 8 Jun 2009

SEDETIK & SEJENAK..

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda
berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan
cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar
berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri
tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah
kepada anak,
kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Khamis, 4 Jun 2009

SALAM TAKZIAH

Salam takziah diucapkan kepada rakan kita, saudara Hafiz di atas kepulangan nenek beliau ke rahmatullah. Semoga roh neneknya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.Aminn...ALFATIHAH


*Setiap yang bernyawa pasti akan mati....

Selasa, 2 Jun 2009

CHOOP!! REHAT SEBENTAR

Hot..hot..panasss..panas..klip video paling panas...ushar atas bawah kiri kanan depan belakang dulu..line clear?puas ati?Jom tengok..!!



Bersetuju dgn pndgn beberapa org members yg iklan seperti di bawah nie amat amat amat dan teramat-amat patut ditayangkan di Malaysia. Kenapa? Lu fikir la sendiri.bukak mata buka la minda..simple je iklannya tp mempunyai maksud yg mendalam. Amat sesuai untuk golongan belia remaja

# 18sx ke ni? serammmm...

Isnin, 1 Jun 2009

FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

"Iman tak dapat diwarisi...dari seorang ayah yang bertaqwa......." "Rasulullah..dalam mengenangmu..kami susuli.."sebahagian bait-bait lagu yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid Raihan dan Hijjaz Mungkin anda..anda..dan anda..dan juga anda semua pernah terbayang-bayang,terigau-igau berada di atas pentas mendendangkan lagu-lagu nasyid seperti Raihan, Hijjaz, Inteam dan banyak lagi sambil disaksikan puluhan ribu umat yang menghayati lagu anda....Mungkinkah?Pernahkah? Tapi berbakatkah anda? Anda pasti?


Jika anda pasti..jika anda inginkan fantasi anda menjadi realiti ..apa ditunggu lagi. Cubalah suara emas anda di Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009, anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan JULAI 2009



Dapatkan keterangan lanjut di : FESTIVAL NASYID 2009
# Miming je xleh ke?