BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 3 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN...SELAMAT BERPUASA

Khamis, 26 Mei 2011

JANGAN LUPA!!! HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2011


PARA belia seluruh Malaysia...!!! Jangan lupa untuk beramai-ramai kita memriahkan sambutan hari untuk kita, Himpunan Sejuta Belia 2011 yang akan berlangsung di Putrajaya pada 28 Mei 2011 ini.

Pelbagai acara telah disediakan untuk anda semua. Antaranya ialah

‘GIG Dance Rakan Muda 2011’ yang merupakan satu pertandingan tarian ekstrem penuh bertenaga melalui gabungan pelbagai elemen tarian moden seperti Shuffle, Breakdance, Hip-hop dan sebagainya bagi meraikan Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara tahun ini. Tarian ini sangat popular dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta menjadi ikutan generasi muda hari ini. Tarian menarik ini juga, dilakukan dengan pergerakan badan yang sungguh kreatif dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri. Kreativiti dan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh belia remaja ini amat dikagumi. Tarian Ekstrem ini merangkumi elemen Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara.
Pertandingan Tarian Ekstrem
Tarikh : 28 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 11.00am – 6.00pm
Tempat : Pentas Y-Avenue HBN2011, Presint 4 Putrajaya (Bersebelahan Menara KBS)
Persembahan Mini ‘konsert’ Finalis Showdown 2011 (8TV)
Tarikh : 29 Mei 2011 (Ahad)
Masa : 4.30pm – 5.30pm
Tempat : Pentas Y-Avenue HBN2011, Presint 4 Putrajaya (Bersebelahan Menara KBS)
Semua dijemput hadir dan penyertaan untuk pertandingan masih dibuka sehingga 27 Mei 2011 (Jumaat). Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Y-Avenue HBN2011 Kementerian Belia dan Sukan

Pertama kali diadakan di Malaysia. Acara sukan yang datang dari negara Jepun dan diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 iaitu Sasuke Malaysia. Acara ini akan disiar secara langsung di Tokyo Broadcasting dan Tv NHK untuk mencari juara bagi mewakili Malaysia. Kepada yang berminat ingin menyertai sukan ini, sila layari http://www.sasukemalaysia.com/ atau http://www.facebook.com/sasukemalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Konsert Di Himpunan Sejuta Belia 2011

   Konsert Artis Antarabangsa
(K-Pop “Super Junior M”) 28 Mei 2011
9.00mlm -11.00mlm
Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3

Isnin, 16 Mei 2011

SEKITAR SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2011





Khamis, 12 Mei 2011

SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2011

JOMMMMM!!! Kita pakat p ramai2..ajak member2, adik abang kakak semua kita meriahkan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang. Kat mana tu?? Bila ada? Pukul bape? meh tengok....

SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
15 MEI 2011 (SABTU)
8.00 PAGI HINGGA 2.00 PTG
DEWAN JKKKP SUNGAI ACHEH, NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN

JOMMMM!! PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA DI SANA

Rabu, 27 April 2011

FB CORNER

Isnin, 25 April 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011


Jumaat, 22 April 2011

ROAD SAFETY WALK

ANDA semua dijemptu untuk menyertai :


ROAD SAFETY WALK
23-APRIL-2011 (SABTU)
7:30 PG HINGGA 11:00 PG
DEWAN PANORAMA BAGAN AJAM, BUTTERWORTH

ANJURAN BERSAMA  JKJR & MBNPP

PERASMIAN OLEH YB TAN SRI NOR MHAMED YAKCOP, AHLI PARLIMEN TASEK GELUGOR

Selasa, 19 April 2011

Let's get Facebook's attention! Pledge to make Malaysia the Facebook Capital of the world!



Did you know that we, Malaysia as a nation, spend the most time on Facebook? We have the highest average friends on Facebook too! Join this movement to make Malaysia the Facebook Capital of the World. Pledge your support and you could win an invite to an exclusive LIVE FB PARTY hosted by DiGi!




Ahad, 17 April 2011

KARNIVAL JOM MAKAN

HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2011


Sabtu, 16 April 2011

PILIHANRAYA SARAWAK : RASMI

keputusan rasmi   >> ENTER<<

Selasa, 12 April 2011

We're gonna party like it's your birthday!


To celebrate 3 years of growing the community, Says.my is giving gifts to Malaysians across the social media! Macbook Air, Samsung Plasma TV, iPhone 4, Canon SLR, iPad 2, Lomokit, trip to South Korea, IKEA room makeover, front row tickets to Justin Bieber's concert, shopping sprees to TopShop, Forever21, MNG etc... you have to see the full list. Good things are meant to be shared. Happy 3rd Birthday, everyone!

Things you didn't know about Maybank yet.

Here are some things you may not know about Maybank's brand new Maybankard yet. First of all, do you know that all it takes is just a click of a button and 2 new Maybankards will be delivered to your doorstep? Secondly, there's no annual fee at all for Maybankard, forever! And third, with Maybankard, you can start to buy stuffs through online now and you will get 5% cash back. That's like earning money by spending. I bet you didn't know about all these, do you?


Isnin, 4 April 2011

Jadilah wartawan amatur dan menang RM500!

Laporkan cerita sensasi anda yang pelik, sedih, ngeri atau lawak berserta gambar dan hebohkannya kepada dunia! 10 wartawan amatur dengan undian tertinggi akan memenangi RM500! Sebarkan di Facebook dan ajak member-member undi Laporan Biar Betul! anda. Lagi sensasi, lagi tinggi peluang untuk menang! Peraduan ini bermula dari 30 Mac sehingga 20 April!


 
>> KLIK SINI   <<

Selasa, 29 Mac 2011

ARTIKEL : Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas nostalgia lampa

Rabu, 23 Mac 2011

KARNIVAL MAULIDURASUL USM

Sabtu, 19 Mac 2011

PERSEMBAHAN DRAMA A MODEN WOMEN CALLED ANG TAU MUI

SATU Persembahan drama pentas akan diadakan seperti berikut:

18-19 MAC 2011 (JUMAAT-SABTU)

8.30 MALAM

19-20 MAC 2011 (SABTU-AHAD)

3.00PTG

STUDIO AT STRAITS, 86 ARMENIAN STREET

PROGRAM YOGA ASANAS,SURVIVORACE&VEGETARIAN FOOD

SATU Program Yoga Asanas, Survivorace dan Vegetarian Food akan diadakan pada:

19 DAN 20 MAC 2011 (SABTU DAN AHAD)

EMPANGAN TASIK MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

6.00PG - 12.00 TGHARI

Jemput beramai-ramai!

PROGRAM JALAN KAKI KEMPEN RAKYAT TOP SEXUAL CRIME

SILA hadir beramai-ramai menyertai jalan kaki berkenaan pada

19/3/2011 (SABTU)

5.00 PTG HINGGA 9.00 MALAM

TANAH LAPANG QUEENSBAY SEAFRONT(BERSEBELAHAN ROUNDABOUT)

Khamis, 17 Mac 2011

JAWATAN KOSONG : Di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kedah - Mac 2011

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti yang dinyatakan dibawah ini :

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. JURUTEKNIK KOMPUTER
3. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN
4. PEMBANTU PERTANIAN

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Tarikh tutup permohonan pada: 28 Mac 2011.

Sabtu, 12 Mac 2011

JEMPUTAN : Program Gerakan Subuh - 20 Mac 2011

gerakan


Program Gerakan Subuh


(Solat Solat Subuh Berjemaah di Masjid)

Mari Kita Bina Ummah Melalui Solat Subuh Berjemaah

20 Mac 2011 (Ahad)


4.00-7.30 pagi


Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati, Setapak KL
Pengisian:

- Qiyamullaill Perdana

- Zikir Munajat

- Solat Subuh Berjemaah

- Kuliah Subuh Khas Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Maklumat Lanjut : 013-671 4932
SILA HEBAHKAN

Jumaat, 11 Mac 2011

JELAJAH PROTON SEMPENA HARI BELIA NEGARA

SEMUA dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan Jelajah Proton sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 pada 12 MAC 2011 SABTU di R&R Pantai Bersih, Butterworth jam 8.00 malam ini

KEM KEPIMPINAN REMAJA SIHAT

MAJLIS Belia Negeri Pulau pinang akan menganjurkan kem untuk remaja berumur 16-25 thn:

Kem Kepimpinan Remaja Sihat

25-27 Mac 2011

Sedim Eko Theme Park, Kedah darul Aman

Maklumat lanjut hubungi Tn Hj Md Ibrahim di 0194482040

Khamis, 10 Mac 2011

PIKOM PC FAIR 2011


PIKOM PC FAIR tahun 2011 kembali lagi ke Pulau Pinang. Bermula pada hari Jumaat ini 11hb hingga 13hb Mac 2011 bagi negeri Pulau Pinang selama 3 hari. Lokasi kali ini juga telah berubah dari kebiasaan apabila DOME KOMTAR menjadi pilihan kali ini

Jom ramai2!!

HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM!!

HARAPAN rakyat Malaysia untuk melihat skuad bola sepak negara kembali menyinar menunjukkan harapan apbuila skuad Olimpik negara berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan zon Asia dengan agregat 2-0 semalam.

Semalam di Pakistan, merupakan malam berharga negara apabila skuad muda negara berjaya mengikat Pakistan 0-0 setelah membenam Pakistan 2-0 di halaman sendiri dalam perlawanan pertama.

Walaupun agak kecewa kerana tiada siaran langsung untuk tatapan rakyat Malaysia baik di AStro mahupun RTM namun momentum baik yang ditunjukkan pemain muda negara ini terutama mampu bertahan dengan baik asakan bertali arus skuad lawan selama 90minit perlawanan wajjar dipuji.

Pasukan yang dibarisi pemain di bawah usia 23 tahun Ini menunjukkan semangat yang baik membuktikan belia negara ini bersemangat untuk mengembalikan kegemilangan sukan utama negara ini.

Diharapkan persembahan ini dikekalkan dan ditingkatkan lagi dalam perlawanan peringkat seterusnya yang menyaksikan skuad negara akan bertemu skuad yang lebih mantap. Selamat Berjaya!!

majulah sukan untuk negara!!

Selasa, 1 Mac 2011

Last chance to win Macbook Air, iPad, iPhone or Sony PS3 - just tag your friends and share. Easy!

Last chance to win Macbook Air, iPad, iPhone or Sony PS3 - just tag your friends and share. Easy!

Last chance, they're about to giveaway the Macbook Air, iPad, iPhone or Sony PS3, there's 3 to 5 units each. Just tag your friends and 'jam-pack' them in the fun game. Beat the high scores and get the prizes! The contest is about to end, better hurry up!

Ahad, 27 Februari 2011

KEM MOTIVASI BELIA

ANDA yang berumur antara 18 hingga 25 tahun dijemput untuk mengikuti program terbabit pada 18-20 Mac 2011. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Haji Ibrahim 0194482040

KONVOI PANDU CERMAT JIWA SELAMAT 2011

ANDA yang berminat untuk menyertai konvoi terbabit yang akan menjelajah sekitar Pulau Pinang dijemput bersama-sama pada 2/4/2011 (SABTU).Untuk maklumat lanjut hubungi Tn Hj Ibrahim di 0194482040

CERAMAH MAULIDURRASUL PERINGKAT KONTINJEN PULAU PINANG

Ceramah Perdana Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kontinjen Pulau Pinang bersama Komuniti akan diadakan pada:

1 MAC 2011

JAM 10 PAGI

MASJID DAERAH SPT, PERDA

Isnin, 14 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Majlis Perhimpunan Ummah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011/1432H
 
Majlis Perhimpunan Ummah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011/1432H akan diadakan pada :-

Tarikh : 15 Februari 2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Pinang

Semua Muslimim dan Muslimat dijemput hadir.

Turut disertakan dengan Persembahan Nasyid dari Jabatan Penjara Pulau Pinang (Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2010)

Ceramah Khas oleh Y.Bhg. Syeikh Fisol bin Haji Omar (Jabatan Agama Islam Negeri Kedah)

Majlis Perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011/1432H.
 
Perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011/1432H akan diadakan pada:-

Tarikh : 15 Februari 2011 (Selasa)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Padang Kota Lama

Akan disertai oleh 4000 peserta perbarisan yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan-badan berkanun, Badan-badan bukan kerajaan, Swasta dan lain-lain.

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011/1432H
 
Majlis Bacaan Yassin & Tahlil akan diadakan di Masjid Negeri Pulau Pinang sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011/1432H.

Majlis akan diadakan pada:-

Tarikh : 14 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Masjid Negeri, Pulau Pinang

Semua Muslimim dan Muslimat dijemput hadir.

Sambut perayaan Kristian perlekeh akidah, pegangan Muslim




PANEL Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan Islam.”

Hakikatnya larangan bagi meraikan sambutan Hari Valentine berpaksikan kepada dua alasan utama iaitu pertama, ia dilarang nas syarak dan kedua ia mampu mendatangkan kesan kehancuran yang besar kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut Rizki Ridyasmara dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, sejarawan masih tiada kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diingati.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah, ada empat pendapat popular berkaitan Hari Valentine.

Pendapat pertama mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak terbabit secara rawak.

Nama gadis yang tertera akan menjadi pasangan dan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing. Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Selepas itu diadakan perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu yang memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kerana beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Peristiwa ini yang sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keagungan cintanya terhadap agama sementara versi lain, cinta kepada seorang gadis.

Pendapat ketiga, ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St Valentine ialah individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu.

Disebabkan sumbangan itu, St Valentine dianggap kekasih rakyat dan 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula berdasarkan apa yang dinukilkan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.

Berdasarkan versi itu, jelaslah tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan sudah terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan akidah Islam dan orang Islam sendiri.


Cetek ilmu punca persoal larangan rai Hari Kekasih

Pengharaman sambutan supaya Islam ada identiti tersendiri, berbeza dengan umat lain

MENZAHIRKAN kasih sayang kepada kekasih perlu ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang antara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir tetapi perlu diikat akad yang kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi.

Ikatan perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia kerana matlamatnya menjadikan masyarakat stabil, aman dan harmoni. Keindahan menzahirkan kasih sayang itulah dianjurkan Islam dan disemai setiap hari tanpa perlu menunggu satu hari dalam setahun.

Apatah lagi, jika jelas kesan daripada sambutan itu menjurus kepada perkara tidak baik apabila ada pihak melakukan perbuatan menyalahi syarak semata-mata untuk membuktikan apa yang dikatakan ‘kasih sayang’.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata amat menyedihkan kerana wujud golongan yang tertekan apabila pihak berkuasa melarang sambutan Hari Kekasih atau Hari Valentine. Katanya, disebabkan cetek maklumat dan ingin memprotes tanpa mendengar penjelasan mengenai perkara berkenaan menyebabkan peringatan supaya masyarakat Islam tidak meraikan sambutan itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

“Seperti yang dinyatakan Ibn Khaldun, kita ibarat masyarakat madani yang bergaul dengan semua orang dan mengimport budaya luar untuk diaplikasi dalam cara hidup kita. Perkara ini berlaku disebabkan cetek ilmu dan apabila diberi penjelasan, tak mahu dengar atau fahami. Kesedihan ini meruntun hati kerana berbuih mulut menasihat tetapi tidak memberi kesan,” katanya pada program Bicarawara dan Pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day 2011 di Putrajaya.

Hadir sama pada seminar bertujuan menyedarkan umat Islam hakikat sebenar Hari Valentine yang memang jauh daripada ajaran serta budaya Islam ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Saimah Mokhtar.

Wan Mohamad berkata, Hari Valentine tidak boleh disamakan dengan hari sambutan diraikan secara sejagat seperti Hari Ibu, Hari Bapa atau Hari Kanak-Kanak Sedunia kerana ia tidak dikaitkan dengan peristiwa khusus dan pengaruh agama. Oleh itu katanya, niat tidak menghalalkan cara dan demi menjaga akidah umat Islam adalah lebih baik jika tarikh 14 Februari dinafikan sebagai sambutan Hari Kekasih dan diganti konsep kasih sayang sepanjang masa yang dianjurkan Islam.

“Mungkin ada kata mereka tidak berniat meraikan Valentine tetapi persoalannya kenapa perlu memilih 14 Februari. Oleh itu, niat tidak menghalalkan cara. Kenapa tidak pilih 31 Ogos atau hari lain? Inilah yang ingin kita fahamkan masyarakat terutama remaja kerana untuk menunjukkan kasih sayang tidak perlu hari khusus, pilihlah hari lain untuk tunjukkan kasih sayang tetapi bukan 14 Februari, jika benar mereka kata tiada niat terjebak dengan sambutan Hari Valentine,” katanya.

Katanya, usaha JAKIM memberi pengetahuan, kesedaran serta bimbingan supaya masyarakat tidak terbabit dengan keghairahan menyambut Hari Valentine mungkin tidak mampu menghalang sambutannya, tetapi perjuangan membersihkan amalan bukan Islami perlu diteruskan. Beliau berkata, amalan dan kebiasaan di sebalik pemberian hadiah atau kata-kata pada Hari Valentine mampu menghancurkan akidah Islam yang suci kerana setiap perbuatan mempunyai simbolik serta tersirat sejuta cerita bercanggah dengan pegangan agama dan adat.

Pengharaman serta larangan bukan kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki dengan trend zaman moden tetapi berlandaskan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan akhirat.

Islam sangat prihatin serta menginginkan umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak tidak boleh mencampur aduk akidah serta amalan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami, maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Petikan : BHarian 12/02/2011 dan BHarian 12/02/2011

Ahad, 13 Februari 2011

DANA 1 BELIA

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sesuatu yang bermanfaat untuk golongan belia iaitu Dana 1 Belia.

Melalui dana ini ianya telah membuka ruang dan peluang kepada golongan belia yang mempunyai bakat untuk mengembangkan idea kreatif mereka dengan bantuan kewangan dari pihak kerajaan

Jadi harapnya para belia mengambil peluang yang terhidang ini mempamerkan sesuatu yang bermakna kepada dunia!!

http://www.1mdb.com.my/

Sabtu, 12 Februari 2011

SELAMAT BERBAKTI KPD TEAM SUKARELAWAN BANJIR KE JOHOR

KEPADA semua yang terlibat dalam misi bantuan bencana banjir ke Johor diucapkan selamat berbakti dan selamat pergi dan balik. Semoga anda dapat memberikan khidmat yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan anda semua

good luck semua!!!

Rabu, 9 Februari 2011

MISI BANTUAN BANJIR DI JOHOR

BERMINAT SILA HUBUNGI MBNPP DI TALIAN 042285799

TARIKH MISI BANTUAN BANJIR INI IALAH PADA 10-13 FEBRUARI 2011

Ahad, 9 Januari 2011

INFO : GLIMPSE INTO YOUR FUTURE

Have friends, brothers or sisters that can't decide what to do after SPM? Get them to take this quiz that has helped thousands find their destiny!



What are your interests? What is your character? How will this mold your future?Are you destined to be an Internet whiz, a dynamic entrepreneur or a professional lawyer? So don't wait, take this quiz from us at HELP University and find out what the future holds for you via this Facebook app now

 
LET C IT HERE>>> GLIMPSE INTO YOUR FUTURE

Isnin, 3 Januari 2011

2011 KINI MENJELMA

2011..MACAM X PERCAYA PLAK...sedar xsedar rupa2 nya dah masuk tahun 2011 dh pn. 2010 sudah ditinggalkan dengan pelbagai ragam serta kenangan sepanjang 365 hari kita sama-sama melaluinya. Ada yang menarik, seronok, gembira, suka, duka,sedih, kecewa, marah, meyakitkan hati dan pelbagai lagi perasaan bercampur baur, namun itulah hakikat kehidupan yang perlu kita lalui setiap detik dan waktu. Itulah jua yang bakal kita hadapi untuk 365 hari yang mendatang.Cuma bagaimana skrip olahan cerita akan datang saja yang belum kita ketahui. Adakah cukup kita lalui 365 hari atau kita dipanggil menghadapNya terlebih dahulu?? Atau mungkin juga hari terakhir bumi pada 2011? Mungkin ya mungkin tidak kerana semuanya hanya Allah yang tahu.

Sebaik melangkah tahun baru, pasti kita akan dikaitkan dengan perkataan AZAM. Emmh, bagaimana dengan azam korang tahun lalu? Tercapai ke x? Tahun ni bagaimana pula azam korang? Masih azam yang sama ke dengan tahun lalu atau dua tahun lalau atau tahun2 lalu?hehehe

Pepun hidup mesti diteruskan..perjuangan mesti diteruskan..Harap2 lebih banyak aktiviti atau program untuk sukarelawan pada tahun ini berbandingt setahun dua yang lalu yang agak malap.

Selamat Tahun Baru 2011