BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Julai 2009

FLOWERS2MAIL

HANTAR email ke rakan-rakan anda dengan gaya yang terbaru...

Klik sini : flowers2mail

Khamis, 23 Julai 2009

HANTARAN


Emak si Minah : "Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"


Emak si Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."


Emak si Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh.. apa nanti orang cakap..."


Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

JAMUAN RAKYAT

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang pada hari Jumaat 24 Julai 2009, sempena dengan lawatan tersebut satu majlis Jamuan Rakyat diadakan pada hari Jumaat 24 Julai 2009 di Perkarangan Tempat Letak Kereta Berhampiran Masjid Simpang Enam Jam 12.30 Tengahari hingga 3.00 Petang.


ATURCARA LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PULAU PINANG

12.30 Tengahari - Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri di Masjid Simpang

Enam
1.27 Petang - Solat Jumaat di Masjid Simpang Enam Pulau Pinang
2.10 Petang - Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri

- Jamuan Rakyat

- Majlis Bersurai

Kerjasama yang diberikan oleh tuan bagi menjayakan majlis ini amatlah dihargai....

Sekian, terima kasih.

Urusetia MBNPP.

Sabtu, 18 Julai 2009

KREDIT UNTUK HARIMAU MALAYA !!!

Amri Yahyah melepasi Foster untuk jaringan kedua Malaysia

Wayne Rooney cuba melepasi kawalan dua pertahanan Malaysia

Michael Owen dan Ryan Giggs meraikan jaringan oleh Owen


Berbatov dikawal ketat pemain Malaysia

Michael Owen menjaringkan gol kemenangan MU yang berkesudahan 3-2


Aksi akrobatik dari Nani yang meraikan gol jaringannya untuk MU mendahului 2-0

Aksi pemain Malaysia, Amar yang cuba melepasi kawalan pemain MU






TAHNIAH untuk pasukan Malaysia kerana mempamerkan kesungguhan sewaktu menentang kelab gergasi bolasepak, Manchester United sewaktu perlawanan dalam Jelajah Asia oleh kelab itu. Walaupun tewas 3-2 namun persembahan yang cuba diseimbangkan pemain-pemain Malaysia wajar dipuji.

Aksi petang tadi menyaksikan Malaysia ketinggalan dua gol apabila Wayne Rooney membuka jaringan disusuli jaringan pemain kebangsaan Portugal, Nani. Malaysia tidak mempamerkan sikap berputus asa apabila terus cuba mengatur permainan untuk menembusi pertahanan MU. Amri Yahyah beberapa kali melakukan percubaan namun tersasar. Namun kerajinan pemain Selangor itu di atas padang berbaloi apabila berjaya menjaringkan gol hasil bola lambung yang memperdayakan terus penjaga gol MU. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 2-1
Separuh masa kedua menyaksikan Sir Alex Ferguson menggantikan Van De Sar dan kesilapan penjaga gol tersebut menahan bola hantaran rakan di rampas oleh Amri Yahyah yang menguis bola ke dalam gawang MU menjadikan kedudukan berubah menjadi 2-2. Jaringan tersebut telah menukar rentak permainan apabila Malaysia mempamerkan permainan melawan dengan pemain tengah Malaysia banyak menguasai bola.Sorakan penonton yang berjumlah hampir 90 ribu menghangtakan lagi permainan.Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan membuat pertukaran hampir keseluruhan passukan. Michael Owen memastikan kemenangan MU apabila meledakkan gol pada minit-minit akhir permainan.

Malaysia sekali lagi akan menentang MU Isnin ini di Bukit Jalil jam 8.30 malam setelah perlawanan yang dijadualkan dengan pasukan pilihan Indonesia dibatalkan.

Rabu, 15 Julai 2009

EM MUDBALL PROGRAMME


Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dengan Kerjasama Syarikat EM dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan satu program bagi menyediakan Mudball. Program ini merupakan sebuah program yang pertama di Malaysia yang berteraskan penjagaan alam sekitar. EM (Effective Microorganisme) di asaskan di Jepun sebagai langkah bagi menjadikan sungai yang dahulunya kotor dan terjejas menjadi lebih bersih dan cantik bagi hidupan di sungai. Mudball merupakan sebuah bebola yang dihasilkan daripada lumpur dan akan dibuang ke dalam sungai. Mudball ini akan meneutralkan microorganisma di dalam sungai dan mengurangkan kadar terjejasnya persekitaran sungai. Oleh yang demikian MBNPP dan Kerajaan Negeri akan menganjurkan program menyediakan mudball pada waktu dan masa seperti di bawah :

Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 5.00 petang
Tempat : Youth Park atau Taman Belia


Pada 8 Ogos 2009 akan diadakan pelancaran membuang 1,000,000 mudball di seluruh sungai sekitar Pulau Pinang. Oleh yang demikian, MBNPP berharap untuk semua badan gabungan yang ingin melibatkan diri dapat menghubungi Saudara Habibur Rahman (016-4854325) dan Saudara Mohd Hafiz Ali (012-531 8364).

Sekian, Terima Kasih.
"Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan"

MOHD HAFIZ ALI BIN MOHD ANUAR
Pen.Setiausaha Agung
Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

MAAF..MASALAH TEKNIKAL

ATAS sebab masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan maka blog ini tidak dapat dikemaskini sehinggalah hari ini. Terdapat beberapa masalah yang berlaku menyebabkan terdapat 'post' yang telah hilang
harap maaf

Rabu, 1 Julai 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB (bermula dari 24/6/2009)

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali: * Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN
ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Salam,

"It is not who is right but what is right, that is of importance..."