BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 3 November 2010

MISI KESUKARELAAN: BANTUAN MANGSA BANJIR DI PERLIS

SATU misi bantuan mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di negeri Perlis akan dilakukan pada :

TARIKH : AHAD ( 7 NOVEMBER 2010)

Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kita sama-sama berganding bahu walau berbeza komuniti,negeri mahupun bangsa dalam membantu sahabat-sahabat 1 Malaysia

Khamis, 16 September 2010

16 SEPTEMBER : HARI MALAYSIA






16 SEPTEMBER 1963 merupakan salah satu tarikh keramat negara yang sering dilupakan selama ini. Pada tarikh inilah sebenarnya MALAYSIA terbentuk setelah MALAYA ketika itu bergabung dengan SABAH dan SARAWAK..

Semoga penyatuan ini yang juga kejayaan menyatukan perpaduan antara pelbagai etnik kaum di bawah satu bumbung MALAYSIA, akan kekal terpelihara aman dan makmur selamanya.....aminn 

Jumaat, 10 September 2010

HANTU RAYA???!!

Aduhhh....tak tau apa silapnya,adakah permintaan thdpnya tinggi, atau mmg sengaja untuk isi slot siaran. Kalau xsalah raya taun ni slot siaran cerita2 hantu atau seram turut memonopoli siaran waktu perdana. Baik RTM, TV Media Prima hingga ke siaran ASTRO, raya pertama sahaja dh ada 2 3 siarannya. Kenapa??

Mungkin kebetulan lepas puasa, kita tahu syaitan2 dah bebas dr kurungan. Jika bulan posa orang lemah semangat pun berani, tp nmpknya semangat berani tu ilang la raya ni. Dah disogokkan dengan siaran antu je..Macam sambut plak golongan hantu ni terlepas dari kurungan kn..Mgkn kebetulan...huhu...

SALAM LEBARAN

KAMI mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN kpd semua Sukarelawan MBNPP, Kepimpinan MBNPP dan semua pengunjung blog....Selamat berhari raya!!


Walau di mana jua anda berhari raya, sambutlah dengan meriah dan berhati2 di dalam perjalanan anda!!

Isnin, 23 Ogos 2010

PROGRAM GERAKAN SUBUH


Program Gerakan Subuh di Masjid As-Syakirin KLCC pada 31hb Ogos 2010 seperti butiran yang dinyatakan dalam poster yang dilampirkan.
Program Gerakan Subuh adalah satu program dalam program "Indahnya Ramadhan" bersama Masjid As-Syakirin KLCC, JAWI, Astro Oasis, DBKL, PDRM, NGO Islam dan lain-lain.
Pihak Astro akan membuat rakaman sepenuhnya program bermula petang 30 Ogos hingga 31 Ogos 2010.

Acara penuh program adalah seperti berikut:

6.30 ptg
Tazkirah Ramadan

7.26 ptg
Buka Puasa / Solat Maghrib
8.30 mlm
Solat Isya/Solat Terawih diimamkan oleh Imam jemputan khas daripada Mesir (sponsored by PNB)
9.30 mlm
Ceramah Khas oleh Imam Muda (sama ada Ashraf, Hizbur atau lain-lain)
10.30 mlm
Jamuan moreh
11.00 mlm
Program Outreach Dakwah Mendekati Remaja malam Merdeka (kerjasama JAWI, Perkid, LANDAS/UNGGAS PUMWP dan lain-lain NGO yang berminat)

2.00 pagi
TAMAT
3.30 pagi
Qiyamullaill bersama Us Zulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
5.00 pagi
Sahur
5.30 pagi
Zikir Munajat
5.52 pagi
Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi
Kuliah Khas Subuh bersama Cikgu Azmi (Presiden TERAS)
7.30 pagi
Bacaan Iqrar (dipimpin oleh Dewan Pemuda Masjid)
7.45 pagi
Solat Sunat Dhuha
8.00 pagi
Bersurai
Bentuk kerjasama yang diperlukan di sini adalah:
Mohon jasa baik semua ahli sekretariat Gerakan Subuh untuk hebahan dan jemputan program melalui email/facebook/surat @ lain-lain kepada ahli persatuan/pertubuhan dll. Mohon jasa baik sekiranya dapat dikomfemkan jumlah kehadiran untuk memudahkan anggaran untuk jamuan sahur bagi mengelakkan pembaziran atau tidak cukup.
Sekretariat
013-6714932



Rabu, 18 Ogos 2010

SAMBIL ON9 KITA LAYAN RADIO ON9

Hai...ada satu berita nk kongsi ngn semua.sape yg mmg kaki on9,tido pn ngn laptop, 24 jam dpn pc je...apa kata sambil korang on9 tu layan la radio internet ni....dihasilkan anak Melayu 100% dan didaftarkan dgn SSM tu...kira sah py ni tau

Banyak lagu best2 diputarkan DJ radio ni melalui segmen2 yg disediakan..Korang leh gk antar ucapan korang atau chat ngn DJ di facebook radio ni... FUNKER RADIO adalah dari perkataan Fun ker?? disatukan jadilah FUNKER...layannnnnzzzz

KLIK DI SINI UNTUK KE RADIO >>FUNKER.FM<<

Ahad, 15 Ogos 2010

AHLAN WASAHLAN SHAHRUL BAROKAH-TINGKATKAN AMALAN DLM BULAN MULIA INI

Rabu, 4 Ogos 2010

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dengan kerjasama Surau Kampung Perlis akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam seperti berikut:

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
5 OGOS 2010 (KHAMIS)
PADANG KOMPLEKS TABUNG HAJI BAYAN LEPAS,PULAU PINANG
JAM 8:30 MLM

muslimin muslimat dijemput beramai-ramai.....

Jumaat, 30 Julai 2010

NEW SIN CHAN??!!


"HAHAHAHA....Action Kamen...!!!" "Hai adik manis, boleh berkenalan?" Antara dialog dalam kartun Sin Chan yang sering didengar dalam kartunnya. Adakah ini asal Sin Chan tersebut??huhuhu

Rabu, 28 Julai 2010

KURSUS ASAS KESUKARELAAN SIRI KE 5

BARU-baru ini satu kursus berkaitan bidang kesukarelaan iaitu Kursus Asas Kesukarelaan anjuran Institut Sosial Malaysia telah diadakan di negeri Pulau Pinang ini. Pulau Pinang merupakan destinasi kelima iaitu pada 23hb-25hb Julai 2010 di Hotel Royal, Pulau Pinang dan akan diikuti di Terengganu pd 30 Julai - 1 Ogos dan terakhir di Kuala Lumpur pada minggu berikutnya. Kursus ini adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui berkaitan kerja kesukarelaan tidak kisah dalam agensi atau badan mana disertai. Namun begitu tempat adalah terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap siri.

Sesi kursus selama 3 hari dua malam ini agak padat namun celoteh penceramah amat menghiburkan menyebabkan keletihan tidak terasa sepanjang kursus ini. Banyak tip-tip dan ilmu berkaitan kerja kesukarelaan diperoleh yang dapat dimanfaatkan kelak. Tamabahan latar peserta dari pelbagai agensi/badan seperti dari Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, Rela, PBSM, Women Council, Majlis Belia Daerah Pendang, dan Yayasan Salam memberi peluang peserta untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dan idea.


Secara keseluruhan kursus seperti ini amatlah baik dan dapat diteruskan lagi selepas ini dalam mendidik masyarakat untuk menyelami kerja kesukarelaan dan memupuk semangat ini ke dalam setiap jiwa anak Malaysia. Agak menarik kerana kehadiran di sini adalah dari pelbagai peringkat usia dan telah mendapat pujian dari urusetia atas komitmen yang ditunjukkan berbanding siri-siri sebelum ini. Syabas dan tahniah kepada semua peserta...!!

Khamis, 22 Julai 2010

BERDUA LEBIH BAIK....;)

PENJAJA ROPE WALK XMAHU PINDAH

GEORGE TOWN - Seramai 288 penjaja dan peniaga kecil Rope Walk, Lorong Kulit di sini menolak cadangan penyusunan semula tempat penjaja oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mahukan sebahagian mereka dipindahkan ke Jalan Perak di sini.
Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil di situ, Yeoh Beng Hock berkata, cadangan itu akan menjejaskan pendapatan kerana mereka pernah dipindahkan pada tahun 2002 dan perniagaan mereka telah merosot begitu teruk.
"Perniagaan di Lorong Kulit ini telah beroperasi lebih 20 tahun dan ramai orang tahu kewujudan kami di sini.
"Jika MPPP melaksanakan penyusunan semula tempat perniagaan ia akan menambah masalah sedia ada," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurutnya, kesemua penjaja telah menandatangani memorandum untuk diserahkan kepada MPPP dalam masa terdekat.
Katanya, memorandum tersebut membantah cadangan penstrukturan semula itu tanpa rundingan dengan mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail untuk menyelesaikan masalah itu.

-PETIKAN AKHBAR KOSMO

Harap diselesaikan dengan baik dalam situasi menang-menang

Ahad, 18 Julai 2010

TAKLIMAT SUKARELAWAN

Sudah sekian lama menanti apa perkembangan terbaru, (penantian satu penyiksaan) :) baru-baru ini satu taklimat telah diadakan untuk pasukan sukarelawan MBN Pulau Pinang.Huhhhhh.... Taklimat pada petang 17 Julai 2010 itu telah diadakan secara ringkas dengan sambutan yang menggalakkan. Tambahan pula ia merupakan satu aktiviti sukarelawan yang secara rasmi dan julung kalinya diadakan di bangunan baru MBN PP di Kompleks Masyarakat Penyayang.Kira merasmikan juga la bilik seminar MBNPP ni..heheheeh

Harap aktiviti seterusnya akan menyusul dan pasukan ini akan kembali bergerak aktif....watakungsi..cayok..cayok

Rabu, 14 Julai 2010

PAUL:HAIWAN PALING POPULAR DEMAM BOLA SEPAK 2010


PAUL,SI AHLI NUJUM; itulah nama sotong kurita berusia 2 tahun ini yang amat dikenali sepanjang kempen Piala Dunia di Afrika Selatan tahun ini. Kenapa? Ini kerana buat pertama kalinya keseluruhan tekaan haiwan ini yang membabitkan pasukan Jerman adalah BETUL!!1Bahkan tilikan haiwan ini bagi perlawanan terakhir di Piala Dunia 2010 serta dirinya sendiri yang akan bersara selepas ini yang tidak melibatkan Jerman (negara haiwan ini ditempatkan) adalah BETUL!!

SURATAN ATAU KEBETULAN???

TAMAT WC2010:SEPANYOL CIPTA GEMILANG REKOD DI PIALA DUNIA

HILANG DEBARAN serta teka teki antara finalis Piala Dunia 2010, Sepanyol vs Belanda: siapa yang menjulang Piala Berprestij tersebut yang merupakan cetakan juara baru dalam rekod kejohanan tersebut. Ini kerana kedua-duanya masih belum pernah muncul juara walaupun Belanda sudah 3kali hampir mendakap piala tersebut.

Kejuaraan sah milik Sepanyol apabila mengalahkan Belanda dalam perlawanan sengit dan agak kasar (13kad kuning dilayangkan 1 kad merah;rekod baru dalam perlawanan akhir) dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Iniesta.

Kini tiada lagi alasan untuk masuk kerja lambat, mengantuk....heheheehe...hilang jugalah gema suara Shakira menyanyikan lagu tema kejohanan berkenaan di kaca TV (kecuali ASTRO) dan dunia kini menanti kejohanan berikutnya..4 tahun dari sekarang..Piala Dunia 2014:BRAZIL......!!!

# mUNGKINKAH mALAYSIA DI PENTAS 2014??!! ;)

Rabu, 7 Julai 2010

CERITA BOLA: WORLD CUP VS MSL


DEMAM PIALA DUNIA FIFA 2010 di Afrika Selatan hampir sampai ke klimaksnya. Satu pasukan telah sah beraksi di Final iaitu skuad The mailto:Oranje..Belanda@%20Holland @ Netherland. Skuad ini melangkah ke final apabila menewaskan Uruguay 3-2 dalam perlawanan separuh akhir pertama semalam. Perlawanan yang menyaksikan antara jaringan tercantik kejohanan ini berakhir separuh masa pertama dengan kedua dua pasukan terikat 1-1

Namun Belanda berjaya menjarakkan diri kepada kedudukan 3-1 sebelum jaringan saat akhir masa tambahan separuh masa kedua dari Uruguay namun sudah terlambat untuk menghalang daripada Belanda ke perlawanan akhir

Belanda akan bertemu samada Jerman atau Sepanyol yang akan beraksi di perlawanan separuh akhir kedua bagi merebut satu lagi tempat di perlawanan akhir

JANGKAAN FINAL: BELANDA VS JERMAN
apa pilihan anda?



Dalam pada itu, perlawanan Liga Super Malaysia bagi musim 2010 diteruskan semula ketika kerancakkan piala dunia sedang berlangsung. Namun satu permulaan yang mencacatkan bagi pasukan Pulau Pinang setelah berehat panjang apabila Harimau Kumbang mudah dibaham T Team 6-1 di halaman sendiri. Memalukan dan memualkan...

Apa jadi dengan skuad bolasepak negeri ini? Pertukaran jurulatih telah pun dibuat..Namun malang keputusan masih tiada perubahan. Harap mereka yang terlibat secara langsung dengan skuad ini dapat membuat sesuatu agar keputusan memalukan ini tidak lagi berulang. Jangan Harimau Kumbang terus hilang taring menjadi harimau jinak yang mudah dijinakkan..

KONVENSYEN PEMIKIRAN ISLAM DI HOTEL SERI MALAYSIA

Ahad, 6 Jun 2010

MALAM PERTAMA...

malam pertama kita







Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa



Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara



Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...



Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu



Setelah dimandikan.. ,

Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...



Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan



Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

 

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

BENARKAH?? Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang



Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..


Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun

akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar

ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya

sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat

diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad

menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah

dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba

jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun

mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau

kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang

namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu

kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat

permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan

penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau

sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap

meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah

pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat

merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat

dari kelapa sawit (non dairy creamer)'


Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk

merawat jantungnya:


1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan

sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy

creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala

yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air

kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga

pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah

kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang

sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi,

pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana

mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini

kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah

lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

SUMBER : SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA

YOUTH '10 DI PWTC MERIAH


PADA 28-30hb Mei 2010 yang lalu bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur telah berlangsung karnival 'dari belia untuk belia' iaitu Karnival Youth 10. Sepanjang 3 hari karnival tersebut yang berlangsung dalam suasana yang meriah, dianggarkan lebih 80 000 orang telah mengunjungi dan mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.


Terdapat pameran dan jualan dari pelbagai agensi dan syarikat, pertandingan-pertandingan sukan seperti futsal, pertunjukan demonstrasi seni mempertahankan diri, forum, pertandingan dan pertunjukkan tarian dan pelbagai lagi menghiasi karnival berkenaan.

Selasa, 1 Jun 2010

KUTUKAN ATAS SERANGAN YANG DILAKUKAN ISRAEL!!!


MARILAH sama-sama kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Serangan itu telah menunjukkan kepada dunia wajah sebenar Israel dan seharusnya membuka mata dunia terutama negara-negara bukan Islam bahawa Israel bukan sahaja menyerang orang Islam semata-mata malah mereka yang bukan Islam. Apa sahaja sanggup dilakukan asalkan matlamat mereka dicapai.

Namun sebenarnya dunia telah beberapa kali melihat pencabulan Israel ke atas Palestin..dan itulah yang mampu dilakukan dunia..melihat dan terus melihat. Kita meluahkan amarah dengan mengadakan demonstrasi di seluruh dunia.Itulah juga yang mampu dilakukan dunia. Kita melakukan kempen boikot barangan Israel..itu sahaja yang mampu dilakukan. Akhirnya kita sering lena diulit mimpi setelah pencabulan tersebut semakin jauh berlalu..semakin basi di media..semakin sepi dari ingatan.. Boikot barangan akhirnya hanya tinggal kempen yang turut dipandang sepi, dunia kembali melupakan kesulitan dan kesusahan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Kini Israel kembali mengganas. Akan terdengar lagi selepas ini kempen memboikot barangan Israel..akan berlakulah demonstrasi bantahan..akan hebohlah di meja-meja kedai kopi amarah yang diluahkan kaki-kaki kopi yang meluap-luap seakan-akan dialah yang akan berjuang membela Palestin..dialah yang akan ke Palestin. Namun, adalah kali ini juga ianya akan kembali sejuk setelah berita ini tiada sensasi tanpa sebarang tindakan sewajarnya ke atas Israel???

Jumaat, 5 Mac 2010

RASULULLAH DALAM INGATAN : SAJAK- RASULULLAH BULAN PURNAMA




Rasulullah bulan purnama

cahayanya cerah menerangi buana,

Menyuluh kehidupan manusia

memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya,

Manusia selamat di dalam perjalanan mereka,

Dari kesesatan dan khurafat serta marabahaya,

Para Sahabat laksana bintang-bintang di keliling purnama,

Bertambah indah purnama dan makin terserlah

cahaya kebesarannya,

Laksana raja-raja dikelilingi oleh pembesar-pembesarnya,

Bertambah hebat dan agung Rasulullah dibuatnya,

Para Tabi’in laksana bintang-bintang

yang berselerak di seluruh dunia,

Menyuluh di malam gelap-gelita dan memeriahkan suasana,

Panduan orang yang berjalan di tengah padang pasir

dan hutan belantara,

Banyak orang yang selamat daripada kesesatan perjalanan

di malam yang gelap-gelita,

Para mujtahidin, para mujaddidin dan ulama ul ‘amilin

obor di zamannya,

Menerangkan juga alam buana, kehidupan manusia

yang hiruk-pikuk dan sibuknya,

Cahaya-cahaya yang dibawa mereka boleh juga

diguna dan dimanfaatkan,

Mudah juga manusia berjalan di dalam suasana gelap-gelita,

Para mubaligh dan da’i membawa pelita kehidupan

di zamannya,

Walaupun cahayanya tidak jauh pancarannya,

Namun cahaya-cahayanya mencerahkan juga

kehidupan manusia,

Siapa yang sudi bernaung di bawah cahayanya,

pimpinan kehidupan dapat juga.

RASULULLAH DALAM INGATAN : LIRIK RASULULLAH (HIJJAZ)



Rasulullah
Hijjaz



Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuli lembaran sirahmu

Pahit getir pengorbananmu

Membawa cahaya kebenaran



Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk umatmu yang tercinta

Biar terpaksa tempuh derita

Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu

Tidak terbalas segala jasamu

Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan

Mengajar erti kesabaran

Menjulang panji kemenangan

Terukir namamu di dalam Al-Quran



Rasulullah kami umatmu

Walau tak pernah melihat wajahmu

Kami cuba mengingatimu

Dan kami cuba mengamal sunnahmu



Kami sambung perjuanganmu

Walau kita tak pernah bersua

Tapi kami tak pernah kecewa

Allah dan rasul sebagai pembela



Rabu, 3 Mac 2010

RASULULLAH DALAM INGATAN : MENTELADANI SIFAT RASULULLAH




MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.



Sememangnya sudah menjadi lumrah alam setiap yang datang akan pergi, setiap yang hidup akan mati dan setiap yang bermula akan berakhir. Begitulah juga dengan peredaran masa di mana tahun 2005 akan berlalu dan tahun 2006 akan tiba, ini menandakan musim persekolahan tahun 2006 juga akan bermula. Para ibu bapa, anak-anak dan guru-guru juga semuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Pada waktu inilah ibu bapa berbelanja besar dari kebiasaan kerana membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka dan inilah salah satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh ibu bapa dengan harapan akan melihat anak-anak mereka berjaya dan menjadi orang pandai dan berilmu, seterusnya menjadi insane yang sempurna dan berguna di kemudian hari.



Itulah azam dan harapan serta cita-cita ibu bapa, semuanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mempunyai azam dan cita-cita merupakan suatu perkara yang mesti ada pada diri seseorang kerana ia merupakan motivasi dan pendorong kepada individu tersebut melakukan sesuatu perkara ke arah yang lebih baik. Seperti pelajar, sudah setentunya berazam mahu menjadi pelajar cemerlang dan berjaya, guru berazam mendidik anak murid mereka secara terbaik, pekerja berazam meningkatkan daya usaha dan produktiviti kerja mereka, boleh dikatakan semua orang berazam untuk menjadi manusia yang berguna dan dihormati. Untuk menjadi manusia yang berguna dan dihormati memerlukan kepada perubahan sikap dan azam yang tinggi ke arah penghayatan ajaran Islam kerana agama Islam sahajalah yang dapat menunjukkan ke jalan yang lurus dan berakhlak mulia.



Agama Islam sangat mementingkan akhlak yang mulia kerana itulah para Rasul-rasul diutus bukan sahaja untuk menyebarkan syariat agama Islam yang benar dan betul, tetapi mendidik manusia supaya berakhlak mulia dan terpuji. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan contoh terbaik untuk diteladani kerana Baginda memiliki keperibadian dan akhlak yang sangat mulia, sebagaimana dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 tafsirnya :



"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik".



Dan firman Allah Subhanahu Wataala lagi dalam Surah Al-Qalam ayat 4 tafsirnya :



"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia".



Keperibadian tinggi serta akhlak mulia Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan hasil didikan dan pengajaran dari Al-Quran. Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha pernah berkata maksudnya :



"Sesungguhnya akhlak Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah Al-Quran".(Hadis riwayat Imam Muslim)



Al-Quran mendidik Baginda supaya bersifat mulia, pemaaf, sabar, adil, amanah, suka mengajak orang ke jalan kebaikan, melarang melakukan segala macam kemungkaran dan sebagainya.



Akhlak mulia sangat dituntut dalam Islam kerana itu Baginda turut mendidik umatnya supaya berakhlak mulia. Baginda menunjuk ajar dan memberikan bimbingan akhlak bukan hanya setakat teori atau cakap sahaja, tetapi Baginda sendiri melakukannya. Itulah cara pendidikan terbaik dan mendatangkan kesan mendalam. Amalan itulah yang menarik perhatian dan menjadi kepercayaan orang ramai, sekaligus mencontohi akhlak Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.



Yang sebenarnya kunci utama kea rah pembentukan akhlak yang mulia itu sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah lahir daripada mempraktikkan sifat yang wajib bagi Rasul-rasul iaitu :



Pertama : Siddiq yang bermaksud benar dalam semua perkataan dan perbuatannya.



Kedua : Amanah yang bermaksud jujur dan dipercayai.



Ketiga : Tabligh iaitu menyebarkan dan menerangkan apa jua wahyu yang diterimanya dari Allah Subhanahu Wataala.



Keempat : Fatanah iaitu cerdik, bijaksana, pandai dan cerdas.



Itulah sifat-sifat yang menjadi kunci kejayaan Baginda Rasululla Sallallahu Alaihi Wasallam dalam menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Sifat inilah yang sepatutnya menjadi pakaian umat Islam jika mahu berjaya dan disegani serta dihormati. Kita lihat kejujuran dan sifat amanah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sehingga Baginda digelar �Al-Amin� iaitu orang yang dipercayai. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan perasaan orang lain. Baginda seorang yang tawaduk yakni merendah diri, tidak sombong dan riyak baik dari segi pertuturan dan perbuatan, bersifat belas kasihan dan suka memberikan pertolongan. Baginda tidak bersifat mungkir janji, mencela, memfitnah, berbohong, menipu, mengadu domba dan sebagainya. Memang benar dan tepatlah bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diutus ke dunia ini untuk menyempurnakan akhlak yang mulia sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqqi maksudnya :



"Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu ia berkata sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya bahawa aku ini diutus hanyalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".



Ketahuilah bahawa umat Islam yang dipandang mulia dan baik di sisi Allah Subhanahu Wataala ialah mereka yang baik akhlaknya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari maksudnya :



"Daripada Masruq ia berkata : Sesungguhnya kami duduk bersama Abdullah bin Amru, ia menceritakan kepada kami dan berkata : Tidak pernah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan perkara-perkara buruk dan tidak juga perkara-perkara yang keji. Dan sesungguhnya ia berkata : Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik akhlaknya di kalangan kamu".



Perlu disedari bahawa buruk akhlak itu merugikan dan menjadi racun yang membunuh, perbuatan yang memalukan dan menandakan moral yang rendah, bahkan sebagai penyebab jauhnya manusia dari sisi Allah Subhanahu Wataala dan memudahkannya terperangkap ke dalam hasutan syaitan yang kesudahannya menjadi penghuni Neraka. Oleh itu ingatlah bahawa akhlak buruk dan budi pekerti yang jahat itu merupakan penyakit yang bersarang dalam hati dan racun yang membelenggu jiwa yang tidak boleh dibiarkan, jangan sampai menjadi tabiat yang sukar untuk dibuang sehingga tidak ada rasa malu melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.



Rawatlah sebelum terlambat dengan membuang sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita dan menggantikannya dengan sifat baik dan terpuji. Jika kita seorang yang bakhil gantikanlah dengan bermurah hati, jika kita seorang yang sombong jadilah seorang yang merendah diri, jika kita seorang pendendam jadilah seorang yang pemaaf, begitulah seterusnya. Yang sebenarnya semua ini boleh dilakukan jika ada azam dan tekad untuk mengubahnya. Apa yang penting kemahuan diri dan melazimkan diri mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala dan menjauhi larangan-Nya. Bukankah Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam Surah Al-Ankabuut ayat 45 tafsirnya :



"Dan dirikanlah sembahyang dengan tekun. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar".



Ingatlah bahawa akhlak buruk dan keji itu selalu mengganggu kehidupan, fikiran kacau, tiada ketenangan, menimbulkan berbagai masalah dan penyakit sosial, menghilangkan sifat perpaduan, kedamaian dan kasih saying dalam berkeluarga, bermasyarakat, beragama dan bernegara.



Oleh itu elakkanlah diri kita bersifat keji yang dibenci Allah Subhanahu Wataala. Mohonlah kepada-Nya supaya kita dapat menteladani Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sebaik-baiknya, baik zahir mahupun batin, ibadat-ibadatnya dan amal-amal salihnya, percakapan atau perbuatannya dalam apa jua hal dan keadaannya. Semoga dengan demikian kita akan selamat di dunia dan di akhirat.



Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl ayat 90 tafsirnya :



"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan melarang-Nya ini supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya".


sedutan laman web Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam

Jumaat, 26 Februari 2010

Corak kehidupan masyarakat pengaruhi peribadi remaja

Oleh UMMU ZAYDA
Menjadi ibu bapa pada zaman yang sangat pesat berkembang dan berubah bukan mudah. Para ibu bapa sekarang menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mereka.
Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak-anak mula menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan nafsu syahwat, cara gaya, berpakaian, dan lain lain.

Inilah peringkat yang penuh dengan berbagai-bagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik, iaitu yang melekakan, yang mengkhayalkan, yang menyelewengkan akidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan pelbagai jenis salah laku dan jenayah di kalangan remaja.
Dengan pembangunan sosioekonomi yang berlaku begitu pesat sekali, minda kita, ketahanan iman kita, jati diri kita mudah tergugat akibat dari pengaruh pemikiran yang diimport, budaya dan nilai nilai luaran yang mencemari serta menghakis keperibadian, nilai dan budaya Timur dan Islam.
Kemewahan dan kebendaan ekoran daripada kekayaan yang dinikmati hasil daripada usaha-usaha pembangunan ekonomi telah sikit demi sikit mula menghakis dan mencemari pemikiran, nilai dan budaya kita. Akhirnya, ketahanan diri remaja lentur dan pupus mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak dalam penagihan dadah, aktiviti-aktiviti jenayah, lepak, pengangguran, maksiat dan berbagai bagai gejala yang kita sentiasa mendengar dan membaca dari media elektronik dan cetak.
Patutkah kita pertanggungjawabkan segala masalah dan gejala tersebut ke atas bahu ibu bapa? Mungkinkah ada kuasa lain yang boleh membendung atau mengawal daripada merebaknya penyakit-penyakit sosial dari kalangan masyarakat kita! Memang tidak boleh disangkal bahawa peranan ibu bapa sekarang adalah jauh berbeza daripada tanggungjawab ibu bapa satu jenerasi sebelum ini. Mampukah ibu bapa membendung berlakunya perkara ini?
Ketika kanak kanak dahulu, mereka manja, suka disayangi, suka dipeluk cium dan sangat menghiburkan ibu bapa. Tetapi apabila mereka menjangkau ke peringkat remaja, mereka berubah laku, tidak suka lagi berbincang atau berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.
Remaja lebih suka berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Jika mereka pilih daripada rakan-rakan yang terdiri daripada mereka yang mengajak kepada kebaikan, bersyukurlah kita.
Bagaimanapun, ramai daripada mereka lebih suka mengajak kepada kemungkaran dan maksiat. Sedikit demi sedikit tabiat buruk akan meresap ke dalam jiwa remaja dan akhirnya alam mereka berubah kepada yang buruk.
Remaja sekarang lebih suka menghadap telivisyen, radio dan komputer daripada bersemuka dengan ibu bapa dan adik beradik. Ini mempunyai kesan yang begitu negatif sekali kerana dengan keashikan mereka mengabaikan pelajaran. Mereka tidak menyahut panggilan ibu bapa untuk makan bersama, untuk sembahyang bersama dan untuk aktiviti-aktiviti bersama.
Oleh sebab keasyikan ini juga, tugas harian mereka seperti mengemas bilik, membasuh pakaian, membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran semuanya terganggu dan terbiar. Akibatnya, mereka akan mengalami masalah dalam proses pendidikan mereka, ada yang gagal, ada yang terkecundang.
Pergaulan dengan rakan rakan remaja mengakibatkan mereka mempelajari tabiat yang negatif. Mereka bermula merokok, minum arak dan dengan sedikit demi sedikit mereka terdedah kepada aktiviti aktiviti maksiat seperti disko, kelab malam dan banyak dikalangan mereka terperangkap dalam aktiviti perzinaan atau lain lain aktiviti seksual di luar nikah. Yang lebih teruk lagi terperangkap dalam gejala penagihan dadah dan lain jenis jenayah seperti mencuri, merompak, peras ugut dan lain-lain.
Ramai daripada kita mengalami berbagai-bagai masalah anak khususnya di peringkat remaja dan zaman muda mereka. Sebagai ibu bapa bagaimana kita cuba mencegah daripada berlakunya keadaan sedemikian?
Pada pandangan saya sendiri, perkara yang terpenting dalam membendung gejala gejala sosial dan jenayah remaja ialah asas pendidikan ugama Islam yang perlu dipertekankan sejak dari kecil lagi, menentukan bahawa anak anak kita menghayati agama dengan menguatkan akidah serta amalan.
Kita perlu meningkatkan kefahaman al-Quran dari masa ke semasa, memperbaiki amalan amalan yang dituntut oleh Allah dan ini dikerjakan bersama di kalangan ahli-ahli keluarga dan bapa sebagai ketua dalam aktiviti ini. Malangnya dalam zaman yang begitu mewah sekali, kebanyakan daripada kita leka dan memandang rendah pada aktiviti keagamaan. Pada pendapat saya agama Islam sahajalah yang boleh menyelamatkan anak-anak remaja kita dari segala gejala dan penyakit sosial yang dialami oleh remaja sekarang.
Para remaja suka mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dan juga pemimpin negara. Oleh hal yang demikian itu, kita sebagai ibu bapa dan sebagai pemimpin patut memberi contoh yang terbaik seperti yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik dalam membentuk akhlak dan keperibadian manusia. Para remaja perlu bimbingan, pedoman, sokongan dan galakkan untuk melakukan amal maaruf.
Para pemimpin dan pentadbir pula perlu mengadakan dasar dan undang-undang yang menuju ke arah membendung dan jika boleh membasmi terus maksiat yang kini sedang bermahrajalela di kalangan masyarakat kita. Hapuskan tempat-tempat maksiat (perjudian, pelacuran, minum arak, tarian-tarian, karaoke dan sebagainya) seperti kasino, pub, disko, sarang-sarang pelacuran dan sebagainya.
Hentikan atau tarik balik lesen mereka. Jika sukar tempatkan pusat-pusat maksiat tersebut dipusat bandar besar sahaja. Kawasan-kawasan perumahan seperti Bangsar, Damansara, Ampang dan lain-lain lagi patut dibersihkan dari unsur-unsur maksiat tersebut. Tentukan undang-undang dikuatkuasan mengikut lunas-lunas Islam. Apabila kita hanya memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja, nescaya generasi akan datang khususnya para remaja Islam akan musnah.
Nikmat Islam adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, dan nikmat ini perlu dipelihara dan dijaga hingga akhir hayat kita. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 102 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Tidak sempurna Islam kita, melainkan dengan ilmu dan keindahan ilmu itu dengan akhlak. Ilmu tanpa akhlak tidak akan berfaedah. Penentuan kebaikan akhlak dan ketinggian moral diukur dengan agama dan akal. Kesimpulannya seseorang itu tidak akan sempurna agamanya kalau dia jahil tentang ajarannya dan kalaupun dia ada ilmu tidaklah sempurna ilmunya itu kalau akhlaknya tidak sempurna.
Untuk menyempurnakan ilmunya itu, dia perlu menggunakan akal fikirannya, untuk mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perangai itu. Agama Islam adalah agama akhlak. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Agama itu adalah kebaikan akhlak.”
Baginda juga bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan susulilah perbuatan jahat yang telah dilakukan dengan perbuatan baik yang memadamkannya, dan bergaullah kamu sesama umat denganpergaulan yang baik. Jelasnya untuk menjaga imej Islam, menampakkan keindahan Islam sesama Islam dan kepada yang bukan Islam juga ialah dengan pergaulan dan akhlak yang baik.”
Di dalam ajaran Islam, sebagaimana yang telah kita maklumi, untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, kita tidak hanya disuruh mencari akhirat dengan meninggalkan dunia, atau sebaliknya mencari dunia dengan meninggalkan akhirat.
Kembali kepada sejarah umat Islam generasi pertama, generasi Nabi Muhammad, sahabat dan tabi’in yang dikatakan sebagai salaf mereka telah mewakili masa mereka dalam menampakkan kewibawaan ummah, mereka telah mentahkikkan apa yang dianugerah Allah kepada mereka iaitu sebagai Khairun Ummah dan mereka juga menjadi Ummatan Wasatha. Jelasnya, apa yang dijelaskan Allah di dalam al-Quran dalam dua ayat berikut telah mereka laksanakan, iaitu firman Allah yang bermaksud.
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia (sebagai umat contoh) kamu menyuruh orang membuat kebajikan dan melarang orang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110)
Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan begitulah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan untuk menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu.” (al-Baqarah: 143)
Kalau kita kaji sejarah mereka yang terdahulu, yang telah maju dari segi dunia dan akhirat. Mereka telah memberi sumbangan kepada tamaddun dunia dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi, dan mereka juga tidak mengabaikan tugas dakwah mengajak orang ramai kepada tauhid, kepada amal baik, kepada akhlak mulia, sebagaimana yang merekatunjukkan dalam hidup mereka. majoriti umat berdisiplin dan berusaha memajukan diri demi untuk kepentingan diri dan masyarakat ramai. Inilah yang kita harapkan daripada masyarakat Islam kita hari ini.
Marilah kita bekerjasama, berganding bahu masing-masing dengan kemampuan untuk membasmi segala gejala yang tidak sihat di dalam masyarakat kita demi untuk menjaga imej kita di dalam negara yang sedang meningkat maju ini dalam menghadapi alaf baru.
Dalam usaha mencapai matlamat pembentukan akhlak terpuji, nilai-nilai keislaman perlu menjadi teras dalam kehidupan. Langkah menerapkan keimanan dan ketakwaan dalam diri anggota masyarakat amatlah penting sebagaimana ditegaskan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa kepincangan di kalangan umat kini adalah berpunca dari dalam diri yang mementingkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain.


Manifestasi daripada keruntuhan akhlak dan moral yang melanda umat dewasa ini, maka negara kita dibebani dengan pelbagai masalah seperti jenayah, rasuah, pelacuran, penderaan, perjudian, maksiat, zina, sumbang mahram, budaya kuning, pergaulan bebas, bersekedudukan, dan sebagainya.

Corak kehidupan masyarakat hari ini banyak yang tidak membantu ke arah menangani masalah keruntuhan akhlak. Contohnya sikap individualistik dan tidak pedulikan jiran. Melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar makin terhakis. Malahan sesetengah ibu bapa enggan menerima teguran dan nasihat. Berlaku perbalahan dengan jiran kerana tegur menegur kelakuan anak-anak. Guru turut menjadi sasaran ibu bapa kerana menggunakan sedikit ketegasan dalam mendisiplinkan pelajar.

Pengaruh media elektronik dan media cetak yang menonjolkan ‘budaya hawa nafsu’ dikatakan di antara punca keruntuhan akhlak. Banyak bahan yang disiarkan sama ada dari filem Barat, drama tempatan, iklan-iklan perniagaan sebagainya memaparkan adegan-adegan yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Media memberikan cermin diri kepada remaja mengenai gaya hidup yang jauh beza dan janggalnya dengan cara hidup timur kita.

Adalah sangat menyedihkan dan sangat memilukan hati, serta memalukan agama dan masyarakat, jika terdapat lagi di kalangan kita mereka yang hanya meniru sesuatu yang rendah, yang memalukan dan yang menunjukkan kerendahan moral. Sedangkan umat Islam ada peraturan dan adab sopannya yang tersendiri bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, pengajaran Allah dan Rasul-Nya.







Marilah kita bersama melakukan sesuatu memainkan peranan menasihatkan anak-anak kita, generasi muda dan para belia serta beliawanis yang ada hubungan dengan kita, kawan sekerja dan sahabat handai kita, agar mereka memahami hakikat bahawa Islam adalah sesuatu yang mahal harganya, yang perlu kita pelihara, jaga nama baiknya dan maruahnya.

Marilah kita jaga akhlak Islamiah kita, nilai-nilai moral yang tinggi yang menjadi warisan kita dan contoh-contoh yang baik yang patut kita anuti untuk kebaikan dunia dan akhirat kita.
“Demi masa, manusia sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal salih, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (al-‘Asr)







sedutan ummatanwasatan.net

Khamis, 25 Februari 2010

SALAM MAULIDURRASUL


SALAM MAULIDUR RASUL 1431H

26hb Februari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431H merupakan tarikh kelahiran baginda Rasulullah SAW yang kita cintai. Tarikh ini kebiasaan diingati kerana cuti umum atau mungkin kerana adanya perarakan dan sambutannya. Namun amat kurang antara kita untuk menghayati sifat peribadi mulia yang ada pada diri Baginda yang kita kasihi

Jika kita lihat zaman belia remaja baginda, Baginda merupakan seorang anak muda yang gigih berusaha dan juga seorang yang terpuji sehingga digelar Al-Amin. Dalam usia begitu juga baginda amat tabah menyebarkan ajaran Islam di Kota Mekah walau banyak rintangan yang diterima Baginda.

Semangat perjuangan Baginda Rasulullah saw yang tidak pernah luntur, berjiwa cekal, berhati mulia inilah seharusnya dihayati belia remaja kita untuk dicontohi. Jadikanlah tarikh ini satu tarikh yang dapat melonjakkan satu paradigma ke arah yang lebih positif
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Majlis Perhimpunan Ummah & Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1431H/2010M
26 Februari 2010
(Jumaat)
7.00 pagi - 12.00 tgh
Dewan Sri Pinang
* Muslimin & Muslimat dijemput hadir

dan
Program Khatam Pengajian Kitab Syamail Sempena Sambutan Maulud Nabi SAW Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1431H/2010M
27 dan 28 Februari 2010 (Sabtu dan Ahad)
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Dewan Solat Masjid Negeri Pulau Pinang
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri 04-8282212.
* Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Jumaat, 1 Januari 2010

09 DITINGGALKAN 10 DIALUKAN