BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 29 Jun 2009

SEPANYOL PULIH MARUAH,BRAZIL KEKAL JUARA

Piala Konfederasi melabuhkan tirai awal pagi Isnin waktu Malaysia menyaksikan pertemuan Juara Dunia 5 kali serta juara bertahan, Brazil dengan pasukan penuh kejutan pada saingan kali ini, USA. Tahniah diucapkan kepada penyokong serta pasukan Brazil yang menewaskan USA dengan jaringan 3-2. Pada satu ketika keadaan seperti memihak kepada pasukan USA apabila mendahului 2-0 walau perlawanan baru berusia 30 minit. Kegelisahan terpancar di muka Dunga, jurulatih pasukan kebangsaan Brazil. Jelas USA bukanlah lawan mudah walaupun pada saingan kumpulan, Brazil mudah menjinakkan mereka 3-0. Namun Brazil mempamerkan kebangkitan dan watak sang juara apabila mengikat kedudukan 2-2 hasil jaringan Luis Fabiano. Minit-minit terakhir menyaksikan hantaran dari sepakan sudut telah disempurnakan kapten pasukan, Lucio yang merupakan jaringan kemenangan Brazil pada malam itu.Tahniahh....!!!
Sebelum itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Sepanyol juga dikerah untuk bekerja keras sebelum memenangi perlawanan dengan jaringan 3-2. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat sepenuh masa memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Gol sepakan percuma Xabi Alonso mengesahkan kemenangan Sepanyol menewaskan tuan rumah, Afrika Selatan.

0 comments: