BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 15 Jun 2009

KARNIVAL BELIA PULAU PINANG 2009














Karnival Belia Pulau Pinang anjuran bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Auto-City Juru serta Hotlink telah diadakan pada 14hb Jun 2009. Berlokasi di Auto-City, Juru, karnival yang bertemakan " Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan", telah berjaya menarik pengunjung dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah jam 10 malam. Antara yang menjadi tumpuan pengunjung ialah extreme games, yang membolehkan pengunjung merasai sendiri cabaran flying fox, dan wall climbing secara percuma. Pengunjung juga boleh mencuba permainan Go-Kart, Poket bike, remote control car, dan paintball. Turut diadakan ialah pameran dari badan-badan gabungan MBN serta tidak ketinggalan booth Hotlink.

Karnival turut diserikan dengan persembahan pentas seperti live bands, senamrobik, Tarian hip hop juga kuiz belia.

0 comments: