BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 19 Jun 2009

AL FATIHAH....



Dunia Islam kehilangan seorang permata berharga apabila Syeikh Dr Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu yang lalu. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Otel Deo di Timur Beirut ekoran serangan angin ahmar otak.




Syeikh Fathi Yakan lahir pada 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Beliau memperoleh PhD dalam pengajian islam dan bahasa arab. Beliau begitu aktif dalam gerakan Islam sejak tahun 1950 lagi. Beliau juga telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an dan pernah menjawat ketua umum Jamaah berkenaan hingga tahun 1992. Pada tahun 1992 juga beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen sehingga 1996. Syeikh Fathi Yakan juga dikenali sebagai penulis dan pelopor gerakan Islam. Buku-buku beliau menjadi inspirasi para dai, jurudakwah dan aktivis Islam termasuklah di Malaysia. Terdapat karyanya yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu seperti Maza Ya'ni Intimail lil Islam (Mengapa Saya Memeluk Agama Islam).




Mengikut laporan beliau telah kembali ke rahmatullah pada asar hari Sabtu jam 4.45petang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. AlFatihah....

0 comments: