BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 31 Mei 2009

31 MEI "KATAKAN TAK NAK"

Tak nak...tak nak...tak nak...tak nak...!!!! tak nak apa ni? Katakan TAK NAK MEROKOK!! Hari ini 31 MEI 2009 merupakan HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA. Jadi apa lagi. Kita pakat join seluruh dunia untuk katakan TAK NAK pada MEROKOK.

31 MEI 2009 : HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA


katakan TAK NAK di : TAK NAK MEROKOK


# Insaf ke tengok gambar penyakit kat kotak rokok?cantik sangat kut...

SELAMAT OH SELAMAT OH SELAMAT


Selamat mengundi kepada semua pengundi kawasan DUN Penanti. Tunaikan tanggungjawab anda sebaik-baiknya. Selamat bertugas kepada sukarelawan MBN yang telah dilantik sebagai petugas SPR di pusat-pusat mengundi kawasan DUN Penanti. cayok...cayok
# Alahai Kassim Selamat..ampunkan mak..mak sudah tua..huhuhu..

Jumaat, 29 Mei 2009

LAST CALL..LAST CALL

Sekali lagi diberitahu hamba kepada rakyat jelata, sanak saudara, sahabat-sahabat hamba akan kehadiran program yang dianjurkan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) yang disatukan kudratnya bersama RTM 1 yang telah jatuh harinya pada keesokan hari yakni hari SABTU BERSAMAAN 30HB MEI 2009

Menurut firasat ahli nujum negara, akan moleknya bermula program yang tersebut yang telah dinamakan sebagai PROGRAM SIARAN LANGSUNG BUAL BICARA BELIA (TALK SHOW) GENERASI Y tepat apabila jarum di alat masa menunjukkan jam 3.00 PETANG.

Maka bertanyalah orang ramai akan lokasi diadakan program tersebut. Janganlah gundah gulana mahupun resah gelisah kerana ianya masih lagi tiada jauhnya,masih lagi dalam negeri kita yang kita cintai. Akan berlangsungnya secara langsung di NPC KEPALA BATAS, PULAU PINANG......

Andai begitu sama-samalah kita ketemu di sana..di sana..di sana.....

Khamis, 28 Mei 2009

RONALDO KECUNDANG MESSI DIJULANG...TAHNIAH BARCA!!


Debaran telah berakhir.degupan jantung yang hampir terhenti,kadang-kadang ok kadang-kadang semput macam air longkang yang mengalir tersekat-sekat akibat dipenuhi sampah, kini kembali normal..fuhhhhhh...argghhhhh..semua sama saja.semua dah hilang debaran. Ada yang terlukis senyuman yang penuh dgn perasaan bangga, puas, girang dan ada jua yang mengukirkan senyum yang penuh dgn riak keterpaksaan, ketidakikhlasan dan kejelesan..apa hal ni?!


Apa lagi...semua ni bola punya hal la bro. Pagi td dah kita tau Manchester United selaku juara bertahan Liga Juara2 Eropah mmg betul2 kena tahan..sekadar berrtahan sahaja dengan asakan Barcelona. Bertahan..bertahan..bertahan..akhirnya tak tertahan gak. sampai 10 minit ja bolos gak. 2nd half lak kena sebijik lg..2-0 KEMENANGAN PADA BARCELONA..TAHNIAH!!


Tahniah kepada peminat Barca dan takziah kepada peminat MU...adat la tu menang kalah kan..kalau semua xmau kalah, amik bola sorang sebijik, tiang gol sorang satu, ramai2 tendang masuk gol...GOOLLLLL....GOLLLL!!!


MU (0) vs BARCA (2)

Eto'0 (10')

Messi (70')
#Sapa plak bakal juara Liga Super? :)

Selasa, 26 Mei 2009

FAKTA BUKAN AUTA

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK.YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.


2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.


4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.


5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.


6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka.


7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.


9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.


10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.


11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.


12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.


13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.


14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.


15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.


16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.


17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.


18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.


19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.


20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.


21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.


22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv


23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.


24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.


25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.


26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)


27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .


28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.


29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.


30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?kekekeke!!! OK dah pegi buat keja....



Email from Sheriff Su..thanks

Ahad, 24 Mei 2009

KAKI DOWNLOAD...STOP!!

Kalau hangpa memang dilahirkan untuk habiskan masa mendownload something dari internet, apa kata cuba lawati page ni. Ni khas buat kaki filem..kaki tv...kaki games..yang rasa nak wat koleksi peribadi filem-filem or tv series..apa lagi, p la ushar tengok...



Banyak koleksi filem baru atau lama untuk anda. Gambar citer-citer kat sini pun majoriti semua clear..mmg puas ati ar. Panjang omong pon tak guna..layannn je page ni. Kalau suka, sedut..jangan tak sedut...!!!

Sedut sepuasnya di: SYOK.ORG

Jumaat, 22 Mei 2009

NICE SHARE BUAT FANATIK BOLA

Dalam duk belek belek sana sini, jeng jeng jeng...tiba-tiba ter'ushar' plak page ni. Website ni dipanggil FOOTBALL SHIRT AVATAR. Macam yang 'hangpa' tengok kat bawah tu, kat page ni la 'hangpa' leh buat. Sesuai sangat bagi pemunat..opss..peminat or fanatik nak kumpul koleksi jersi pasukan kesayangan. Leh letak nama sendiri lagi tue..wooo..bukan senang tue..hehehe..

Mudah je. Korang pilih je jersi pasukan mana yang anda minat, letak nombor dan nama atas jersi tu then save je. Siap!!
Apa lagi..takkan tengok je.wat la satu.dapat wat gambar pun jadila kan... :)

# saja pilih pasukan MU vs BARCELONA..kan final Liga Juara Eropah dah nak dekat. Sapa menang..sapa menang???!!

VS


Buat jersi anda di sini: FOOTBALL SHIRT AVATAR

Khamis, 21 Mei 2009

MAKLUMAN UNTUK SUKARELAWAN MBNPP...PROGRAM TERDEKAT MBNPP

Ternanti-nanti program terdekat untuk disertai?!! Apa lagi..jom kita pakat ramai-ramai meriahkan program anjuran MBNPP seperti berikut :



PROGRAM SIARAN LANGSUNG BUAL BICARA BELIA (TALK SHOW) GENERASI-Y

TEMPAT:
NPC KEPALA BATAS, PULAU PINANG

TARIKH:
30 MEI 2009 (SABTU)

MASA:
3.00 PETANG - 4.00 PETANG
MOHON KERJASAMA UNTUK HADIR SEAWAL JAM 2.00 PTG


PROGRAM INI KERJASAMA RTM 1 & MAJLIS BELIA NEGERI PULAU PINANG.


SEBARANG MAKLUMBALAS HUBUNGI PIHAK URUSETIA DI TALIAN
04-2285799
atau
HABIBUR RAHMAN BIN SEENI MOHAMED
PEN.SETIAUSAHA KERJA
AJK SUKARELAWAN
MAJLIS BELIA NEGERI PULAU PINANG
016-4854325




# pohon sebarkan kepada rakan-rakan ... :)

Rabu, 20 Mei 2009

GO PENANG GO...!!!

MBN Pulau Pinang telah menghantar kontigen untuk menyertai Sambutan Hari Belia Negara 2009 di MITC pada 15hb Mei 2009. Bukan itu saja, pulau pinang turut menghantar penyertaan dalam karnival sukan antara persatuan belia peringkat kebangsaan yang diadakan di sana

Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 telah disempurnakan perasmiaannya oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tema sambutan pada kali ini ialah 1 Malaysia : Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan. Sekitar 5000 belia dari seluruh Malaysia telah menyertai perhimpunan ini.











Isnin, 18 Mei 2009

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009

Tahun nie sambutan akan dilangsungkan di negeri Melaka Bandaraya bersejarah. Macam biasa, tiap 15 Mei adalah hari belia. So kali nie pun sambutan hari belia tetap dilaksanakan pada 15 Mei gak. Kat mana? Kalau tak salah akan dilangsungkan di Malacca International Trade Centre (MITC). Jom kita ramai-ramai meriahkan sambutan tersebut....!!! Kena la semangat sambut hari belia nie, sambutan khusus untuk kita nie..bukan senang beb...!!

# " Hari kita untuk kita" :)