BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 29 Mei 2009

LAST CALL..LAST CALL

Sekali lagi diberitahu hamba kepada rakyat jelata, sanak saudara, sahabat-sahabat hamba akan kehadiran program yang dianjurkan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) yang disatukan kudratnya bersama RTM 1 yang telah jatuh harinya pada keesokan hari yakni hari SABTU BERSAMAAN 30HB MEI 2009

Menurut firasat ahli nujum negara, akan moleknya bermula program yang tersebut yang telah dinamakan sebagai PROGRAM SIARAN LANGSUNG BUAL BICARA BELIA (TALK SHOW) GENERASI Y tepat apabila jarum di alat masa menunjukkan jam 3.00 PETANG.

Maka bertanyalah orang ramai akan lokasi diadakan program tersebut. Janganlah gundah gulana mahupun resah gelisah kerana ianya masih lagi tiada jauhnya,masih lagi dalam negeri kita yang kita cintai. Akan berlangsungnya secara langsung di NPC KEPALA BATAS, PULAU PINANG......

Andai begitu sama-samalah kita ketemu di sana..di sana..di sana.....

0 comments: