BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 10 Mac 2011

HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM!!

HARAPAN rakyat Malaysia untuk melihat skuad bola sepak negara kembali menyinar menunjukkan harapan apbuila skuad Olimpik negara berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan zon Asia dengan agregat 2-0 semalam.

Semalam di Pakistan, merupakan malam berharga negara apabila skuad muda negara berjaya mengikat Pakistan 0-0 setelah membenam Pakistan 2-0 di halaman sendiri dalam perlawanan pertama.

Walaupun agak kecewa kerana tiada siaran langsung untuk tatapan rakyat Malaysia baik di AStro mahupun RTM namun momentum baik yang ditunjukkan pemain muda negara ini terutama mampu bertahan dengan baik asakan bertali arus skuad lawan selama 90minit perlawanan wajjar dipuji.

Pasukan yang dibarisi pemain di bawah usia 23 tahun Ini menunjukkan semangat yang baik membuktikan belia negara ini bersemangat untuk mengembalikan kegemilangan sukan utama negara ini.

Diharapkan persembahan ini dikekalkan dan ditingkatkan lagi dalam perlawanan peringkat seterusnya yang menyaksikan skuad negara akan bertemu skuad yang lebih mantap. Selamat Berjaya!!

majulah sukan untuk negara!!

0 comments: