BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 30 September 2009

INFO: LAUT TERBELAH !!

INI adalah satu kejadian alam yang berlaku di Korea Selatan. Kejadian ini dipanggil Moses Miracles. Kejadian ini berlaku 2 tahun sekali apabila air sururt sehingga terbuka alur daratan sepanjang 2.8 km dan lebar 40 meter yang menghubungkan Pulau Mindo dan Modo selama beberapa jam.




Bagi mengingati kejadian ini, satu festival telah diadakan yang dihadiri dari orang ramai dari segenap pelosok dunia. Sebenarnya, kejadian alam ini tidak begitu popular sehinggalah tahun 1975 ketika Mr Pierre Randi, Duta Besar Perancis di Korea Selatan berkunjung dan dipublisitikan secara meluas di media massa.

Kejadian seperti ini mengingatkan kita kembali pada kejadian Nabi Musa as membelah laut. Subhanallah

Isnin, 28 September 2009

IBU DAN KITA

• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.


* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.


* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.


* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.


* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.


* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"


* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.


* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.


* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.


* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.


* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.


* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.


* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.


* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.


* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.


* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.


* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "…ITU BUKAN URUSAN IBU."


* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."


* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN…."PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"


* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH…."


* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.


* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."


* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."


* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.


* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU. JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.

Sabtu, 19 September 2009

SALAM LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN

SAMBUTLAH HARI RAYA DALAM KESEDERHANAAN..UTAMAKAN KESELAMATAN

Rabu, 2 September 2009

PUASA SI MISKIN


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya.
Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.
" Aku bertanya lagi
"Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya
"TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

RENCANA : KONSEP KESUKARELAAN

KONSEP KESUKARELAAN

Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan.

Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.
Dalam bahasa lain, misalnya bahasa Inggeris, terdapat perkataan “voluntarism” yang menurut The Reader’s Digest-Oxford Wordfinder, membawa erti “the principle of relying on voluntary action rather than compulsion; the doctrine that the will is a fundamental or dominant factor in the individual or the universe; the doctrine that the Church or schools should be independent of the state and supported by voluntary contributions”.
Manakala perkataan “voluntary” pula bermaksud “done, acting or able to act of one’s free will; unpaid work; built, brought about, produced, maintained, etc., by voluntary action or contribution”. Perkataan “volunteer” pula merujuk “a person who voluntarily undertakes a task or enters a military or other service, undertakes or offer one’s services, be a volunteer”.
Dalam masyarakat Melayu, tradisi kesukarelaan, antara lain, malahan terutamanya, dicerminkan oleh konsep “gotong royong”. Gotong royong dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat penyayang dan prihatin, misalnya dalam membantu kerja-kerja membuat kenduri-kendara, turun ke sawah untuk menyemai dan menuai, menguruskan sakit pening dan kematian, memindahkan rumah dan sebagainya.

Konsep gotong-royong dan bantu membantu ini diperkukuhkan oleh sebahagian daripada item budaya masyarakat seperti yang dicerminkan oleh peribahasa “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” dan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.
Konsep gotong-royong mengakomodasi setiap anggota dalam sesebuah masyarakat, iaitu dengan memberikan peranan kepada semua orang, dan masing-masing dengan gunanya, seperti yang dapat dilihat dalam puisi berikut yang diambil dari Hikayat Malim Deman:
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta menghembus lesung,
Yang lumpuh pengalau ayam,
Yang pendek tinjau-meninjau,
Yang kurap memikul buluh.

Pada masa yang sama, di sesetengah masyarakat yang lain juga terdapat tradisi kemasyarakatan yang hampir sama, misalnya harambee di Kenya, barangay di Filipina dan minga di Amerika Latin.

Sementara itu, Islam memberikan petunjuk yang amat mempromosi dan menggalakkan nilai, sikap dan amalan kesukarelaan. Antara lain, ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa potong ayat al Qur’an yang merujuk konsep fastabiqul khairat iaitu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan (al Maidah:48) dan ayat berikut:
“Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bersegera kepada mengerjakan pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh”.
(al Imran: 114)

Dalam konteks ini, asas utama yang menitikberatkan kerja-kerja kesukarelaan dalam Islam ialah dari segi keperluan manusia Muslim memelihara hubungan yang rapat dengan Tuhan (hablu min Allah), dan pada waktu yang sama memelihara hubungan sesama manusia (hablu min ‘an nas).
Di samping itu, Islam menekankan peri pentingnya semangat pengorbanan (ruh al-tadhhiyyah) berlaku dalam diri seseorang Muslim, kerana ia mempunyai nilai yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t. dan balasannya ialah pahala pada Akhirat kelak. Ini akan menjadi lebih jelas lagi jika ia disoroti pula dari beberapa sudut yang lain, misalnya dari sudut persaudaraan (ukhuwwah) dan dari sudut pembelaan Islam terhadap golongan yang terbiar (al mustad’afin).
Dalam tradisi Buddhisme, Buddha telah memberikan doktrin serta nasihat tentang empat perkara asas untuk kebahagiaan di dunia dan empat perkara asas untuk kebahagiaan di akhirat. Satu daripada asas untuk kebahagiaan di akhirat itu ialah syaga yang bermaksud mengamalkan kebajikan serta kemurahan tanpa penumpuan dan kegilaan kepada kekayaan material semata-mata.
Sementara itu, soal kesejahteraan sosial dan kebajikan turut diungkapkan dalam Kristianiti, misalnya:
“Heal the sick, raise the dead cleanse the lepers cast out demons; freely you received, freely give”.
(Matthew 10:8)

“…and do good…expecting nothing in return; and your reward will be great, and you will be sons of the Most High…”.
(Luke 6:35)
Semua ini adalah unsur-unsur yang memperkayakan kesukarelaan, termasuk di negara ini. Ia akhirnya menyerlah dalam pelbagai bentuk: dari kerja-kerja sukarela secara sendirian kepada secara berkumpulan; dari organisasi tidak formal kepada organisasi formal; dari peringkat kampung hingga ke peringkat kebangsaan; dan dari dalam negeri hingga ke luar negara. Begitu sekali tradisi ini membudaya dalam masyarakat negara ini, sehingga mereka yang tidak bercampur dalam masyarakat diibaratkan “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

Bagaimanapun, kesukarelaan mungkin membawa makna yang berbeza kepada orang yang berbeza, kepada masyarakat yang berbeza dan kepada zaman yang berbeza. Ini adalah kerana makna kesukarelaan turut juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti sejarah, politik, ekonomi dan budaya sesuatu masyarakat dan tempat.
Ada orang mungkin melihat kesukarelaan dalam bentuk “idealisme” atau “altruisme” atau “goodness of heart” atau “charitable souls”. Ada orang mungkin menyanjung kesukarelaan sebagai gerakan yang baik atau positif lalu, jika di Amerika Syarikat sebagai tempatnya, menyelarikannya misalnya, dengan Martin Luther King. Sebaliknya, ada pula orang di Amerika Syarikat yang mungkin mencemuh kesukarelaan dengan menyelarikannya pula misalnya, dengan Klu Klux Klan. Kedua-dua persepsi yang bertentangan ini adalah akibat dipengaruhi oleh pengalaman-pengalam an tertentu.
Perkataan “kesukarelaan” biasanya digabungkan dengan perkataan “khidmat” atau “bakti” (service). Makna perkhidmatan juga berbeza-beza dari seorang ke seorang. Bagi sesetengah orang, ia mungkin bermaksud “satu tradisi atau tanggungjawab agama atau moral”. Orang kedua mungkin melihatnya sebagai “suatu perlakuan yang jelas, yang tidak sentimental dan merupakan semangat keberkawanan”. Manakala orang ketiga boleh sahaja melihatnya sebagai “bukan sahaja kebaikan kemanusiaan, malahan peluang untuk belajar tentang mereka yang dihulurkan bantuan perkhidmatan itu”.
Kesukarelaan juga boleh dijadikan ukuran atau pembayang tentang sifat-sifat kemanusiaan yang terdapat dalam diri seseorang atau sesuatu kumpulan manusia. Orang yang sering terlibat dalam kerja-kerja sukarela akan dilihat sebagai seorang yang bersifat mulia. Manakala yang tidak mahu langsung menyertai kerja-kerja kesukarelaan akan dilihat sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri.

Kerana itu, apabila sesuatu kumpulan manusia ingin memilih seseorang untuk diberikan sesuatu tugas atau tanggungjawab, misalnya menjadi pemimpin untuk sesuatu organisasi, maka antara kayu ukur yang digunakan untuk memilih calon pemimpin tersebut ialah seseorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam kerja atau program kesukarelaan.
Di samping itu, hidup dan bebasnya organisasi sukarela boleh pula membayangkan tahap amalan demokrasi dalam sesebuah negara. Lazimnya di negara yang kerajaannya bersifat autokrasi, organisasi sukarela tidak digalakkan untuk bergerak dengan bebas. Jika terdapat organisasi sukarela yang aktif, maka ia berkemungkinan besar adalah yang pandai mengampu atau yang memang ditubuhkan oleh elemen-elemen kerajaan tersebut untuk menjadi ejennya.
Pada masa yang sama, keaktifan kerja-kerja kesukarelaan boleh membayangkan tahap kesedaran politik masyarakat di sesebuah negara. Ini terutamanya apabila kerja kesukarelaan melibatkan unsur-unsur gerakan dan perjuangan. Masyarakat yang tidak celik politik atau rendah kesedaran politiknya akan sukar memahami kerja sukarela yang berorientasi advokasi.
Organisasi-organisa si kesukarelaan, yang biasanya lebih dekat dengan denyut nadi rakyat, perlu dibawa oleh kerajaan untuk berpartisipasi dalam proses membuat keputusan, iaitu dengan mengamalkan konsep perundingan (syura) dalam governans atau tadbir urus (governance) negara. Tetapi, amalan perundingan hanya akan dapat berkembang dan memanfaatkan jika terdapat suasana yang kondusif, kemerdekaan berfikir, kebebasan bersuara dan sikap terbuka, dan bukannya dalam suasana takut berbeza pendapat dengan seseorang yang lebih berkuasa.
Adakah kesukarelaan bermaksud semuanya percuma? Dengan mengambil kira semua makna dan persepsi tentang kesukarelaan, maka ia harus dilihat dalam satu continuum yang bermula dengan yang seidealnya dan berakhir dengan seminimumnya. Dalam konteks yang praktikal, yang dimaksudkan kesukarelaan di sini ialah:
“Satu continuum yang bermula dari seideal melakukan sesuatu dengan percuma dan setulus kudus hinggalah ke tahap menerima upah, tetapi yang di bawah garis harga pasaran semasa”.
Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman, kesukarelaan mungkin menyerlah dalam corak yang berbeza dalam keadaan yang berbeza, akibat kefahaman yang berbeza. Sesuatu yang dilihat sebagai kesukarelaan di sesebuah negara mungkin dianggap sebagai pekerjaan gaji rendah atau bidang intensif buruh di negara yang lain.

Meskipun begitu, di sebalik kefahaman yang berbeza-beza ini, tiga ciri asas masih dapat dikenalpasti untuk menentukan kesukarelaan. Pertama, kerja tersebut tidak dilakukan dengan matlamat untuk mendapatkan balasan kewangan. Bagaimanapun, gantian (reimbursement) bagi perbelanjaan yang diperlukan dan sedikit bayaran saguhati (token) adalah dibenarkan.
Kedua, kerja tersebut hendaklah dilaksanakan secara sukarela iaitu mengikut kerelaan si-pelaku itu. Di sini terdapat juga ruang yang kabur, misalnya dalam kes di mana sekolah menganjurkan skim khidmat masyarakat yang menggalakkan, dan kadangkalanya memerlukan, pelajar-pelajarnya terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan.
Dan ketiga, kerja tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada sesuatu kelompok masyarakat atau orang lain dan bukannya sukarelawan itu sendiri. Bagaimanapun, hakikat bahawa kesukarelaan juga mungkin mendatangkan manfaat yang signifikan terhadap si-sukarelawan itu sendiri perlu juga diterima.


EMAIL DARI dR aNIS

LAWAK PAGI: NAIK SORANG2

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! " :)

TAZKIRAH:SAF SOLAT BERDASAR HADIS SAHIH



Beginilah Para Sahabat Nabi Merapikan Saf-saf Solat Mereka Berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih, di antaranya:





عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ



Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ



Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)Contoh merapatkan saf yang betul pada telapak kaki berpandukan lakaran:

CARTA BAHASA TAK HOT DI DUNIA

10.Chamicuro
Sepanjang sejarah, di dunia,hanya ada 8 orang yang berbicara Chamicuro, menurut suatu studi pada tahun 2008. Bahasa ini kebanyakan dipakai untuk percakapan Negara Peru dan dianggap sebagai bahasa yang kritis dan membahayakan, kebanyakan orang yang berbicara bahasa chamuciro adalah orang yang sudah tua. Tidak ada anak-anak yang berbicara Chamicuro sebab mereka menyesuaikan diri dengan bahasa Spanyol. Bagaimanapun, mereka yang berbicara bahasa chamicuro bisa membuat suatu kamus dari terminologi mereka. contoh bahasa chamicuro: waka(sapi),katujkan a(monyet) ,dll

9.Dumi

Dumi, suatu bahasa Negeri Nepal pada umumnya digunakan dalam percakapan di daerah dekat Tap and Rava Rivers. yaitu di pegunungan Khotang District, yang terletak di Negeri Nepal bagian timur. Bahasa Dumi merupakan suatu Bahasa Kiranti, Artinya bahwa bahasa ini merupakan bagian dari Bahasa Keluarga Tibeto-Burman. Dengan hanya 8 orang-orang[ yang menggunakan bahasa ini pada tahun 2007, bahasa ini dianggap sebagai dengan kritis membahayakan. Informasi tentang Bahasa Dumi telah dikumpulkan, dan di sana ada suatu kamus yang tersedia. Ada juga banyak buku menulis tentang bahasa Dumi yaitu tentang "the language’s grammar and syntax"


8.Ongota

Dalam tahun 2008, Bahasa Ongota hanya 6 penutur asli yang mengetahui dan menggunakan bahasa itu, kesemuanya adalah orang-orang tua. Ini membuat bahasa Ongota kritis dan membahayakan. Bagaimanapun, tidak sama dengan kebanyakan bahasa yang sedang menghilang, ada suatu profesor pada Addis Ababa Universitas di Etiopia yang belajar Ongota. Dia menyimpulkan bahwa bahasa ini mengikuti suatu struktur pokok, obyek, dan katakerja. Ongota disebut suatu Bahasa Afro-Asiatic.

7.Liki

Liki adalah suatu bahasa yang digunakan dalam percakapan mulai dari pantai Sarmi utara, Kabupaten Jayapura, dan Kecamatan Sarmi, pulau dekat Indonesia. Pada tahun 2007, suatu studi menunjukkan bahwa hanya 5 orang yang menggunakan bahasa itu. Di masa lalu, bahasa ini merupakan bahasa percakapan untuk pejabat gereja lokal yang tinggal di daerah itu. Bahasa ini tidak hanya mempunyai satu asal, karena itu bahasa ini dikatakan Austronesian, Melayu-Polinesia, Central-Eastern, Ketimuran Guinea Melayu-Polinesia, Oceanic, Western Oceanic, North New Guinea, Sarmi-Jayapura Bay, dan Sarmi.

6.Tanema

Di pulau Solomon, Bahasa Tanema pernah digunakan di suatu tempat Pulau Vanikolo, Provinsi Temotu dan di Desa Emua . Tercatat, hanya 4 orang yang menggunakan bahasa ini, menurut suatu 2008 menyelenggarakan studi. Tanema adalah Austronesian Seperti halnya Melayu-Polinesia, Central-Eastern, dan Oceanic. Banyak dari mereka yang sekali ketika berbicara Tanema sudah beradaptasi dan sudah memulai untuk berbicara baik bahasa Pijin maupun bahasa Teanu, Kedua-Duanya adalah bahasa yang sangat populer di dalam daerah itu

5.Njerep
Njerep adalah suatu Bahasa Bantoid di Nigeria. Bahasa ini pernah menjadi bahasa Kamerun tetapi itu tidak lama. Sekarang bahasa paling umum berbicara dekat Mambila [itu]. Hari ini, bahasa telah digantikan oleh bahasa Mambila seperti Ba Dan Mvop. menurut suatu studi pada tahun 2007 hanya ada 4 orang yang masih berbicara Njerep, maka dalam beberapa berabad-abad bahasa akan lebih dari mungkin padam.

4. Chemehuevi

Chemehuevi, suatu Uto-Aztecan, sebelah utara Uto-Aztecan, Numic, Bahasa Selatan yang sebagian besar berbicara dalam midwest USA seperti halnya pada western coast. Kamu bisa mendengar bahasa itu di Ute, Colorado, Selatan Paiute, Utah, Arizona utara, Selatan bagian dari Nevada, dan di dalam Sungai Colorado, California. Suku bangsa Chemehuevi masih tersisa dan sedang tumbuh subur, jumlah orang yang berbicara bahasa hanya 3 orang-orang yang kesemuanya adalah orang dewasa


3. Lemerig

digunakan di Vanuatu, suatu pulau di selatan Lautan Pasifik sekitar 1,000 mil ke timur Australia, Austria utara, bahasa ini digunakan juga di Vanua Lava Island. Hanya ada 2 orang yang menguasai bahasa ini. Lemerig terdiri dari sedikitnya empat berbagai dialek berbeda

2. Kaixana

Kaixana adalah salah satu dari banyak bahasa yang kritis. Bahasa ini pernah menjadi bahasa suatu desa dekat Sungai Japura, yang terletak di Brazil. Dari waktu ke waktu, Penetapan Bahasa Portugis mengambil alih bahasa di area itu. Dahulu, hampir 200 orang dapat berbicara bahasa tersebut . Tetapi, suatu studi pada tahun 2006 menunjukkan bahwa hanya seseorang masih berbicara Kaixana

1. Taushiro

Taushiro, suatu bahasa asli dari Negara Peru, tepatnya di daerah Sungai Tigre, Sungai Aucayacu, yang mana adalah suatu anak sungai Sungai Ahuaruna. Bahasa ini dikenal sebagai suatu bahasa mengisolasikan, yang mana itu berarti bahasa ini tidak punya hubungan yang dapat dibuktikan dengan bahasa lain. Mereka yang berbicara bahasa ini pada umumnya hanya “ satu” . Di dalam , suatu studi 2008 menyimpulkan bahwa hanya seseorang berbicara bahasa ini dengan dengan fasih.