BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 27 Oktober 2009

TAK PAYAH SEMBAHYANG (permainan bahasa)

"Sembahyang itu wajib kepada orang yang beriman tetapi tidak kepada orang yang berilmu", kata teman rapat ketika kami sarapan bersama di satu pagi. Aku membiarkannya terus bercakap. "Engkau tahu kenapa?', tanyanya lagi."Yang aku tahu..," aku bermula perlahan, cuba mengagak ke mana arah perbualan ini, ..."tiada seorangpun boleh melebihi Nabi Muhammad, jika rasul juga diwajibkan solat, bagaimana berilmupun kita, solat itu tetap wajib".Rakanku senyum memandangku, "kepada orang yang ibadatnya atas dosa dan pahala, dia bersolat kerana ia wajib, kerana dia hidup atas ganjaran dan penalti..... ..tetapi kepada orang yang hidup dan matinya kerana Allah, dia bersolat bukan kerana hukum solat itu wajib tetapi kerana dia ingin mendekatkan diri kepada PenciptaNya. Kepada dia, tujuannya hanya satu, kerana Allah. Wajib atau tidak wajib, dia tetap akan melakukannya walaupun tidak diberi ganjaran. Kerana itulah orang kata solat itu wajib kepada orang beriman tetapi tidak kepada orang yang tahu"."Isi yang tepat tapi dimulakan dengan permainan bahasa" kataku, "kalau tersilap faham, ..... boleh disalah-ertikan" . Rakanku mengangguk tanda setuju.

Terus terlintas di kepalaku semasa kecil, ustadzku pernah memberitahu, "tak payah sembahyang kalau dah tahu". Rupanya ia bermaksud 'tak susah sembahyang kalau dah tahu". Payah itu "susah" dan bukan "perlu".

Ah! permainan bahasa.

0 comments: