BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 9 Januari 2011

INFO : GLIMPSE INTO YOUR FUTURE

Have friends, brothers or sisters that can't decide what to do after SPM? Get them to take this quiz that has helped thousands find their destiny!



What are your interests? What is your character? How will this mold your future?Are you destined to be an Internet whiz, a dynamic entrepreneur or a professional lawyer? So don't wait, take this quiz from us at HELP University and find out what the future holds for you via this Facebook app now

 
LET C IT HERE>>> GLIMPSE INTO YOUR FUTURE

Isnin, 3 Januari 2011

2011 KINI MENJELMA

2011..MACAM X PERCAYA PLAK...sedar xsedar rupa2 nya dah masuk tahun 2011 dh pn. 2010 sudah ditinggalkan dengan pelbagai ragam serta kenangan sepanjang 365 hari kita sama-sama melaluinya. Ada yang menarik, seronok, gembira, suka, duka,sedih, kecewa, marah, meyakitkan hati dan pelbagai lagi perasaan bercampur baur, namun itulah hakikat kehidupan yang perlu kita lalui setiap detik dan waktu. Itulah jua yang bakal kita hadapi untuk 365 hari yang mendatang.Cuma bagaimana skrip olahan cerita akan datang saja yang belum kita ketahui. Adakah cukup kita lalui 365 hari atau kita dipanggil menghadapNya terlebih dahulu?? Atau mungkin juga hari terakhir bumi pada 2011? Mungkin ya mungkin tidak kerana semuanya hanya Allah yang tahu.

Sebaik melangkah tahun baru, pasti kita akan dikaitkan dengan perkataan AZAM. Emmh, bagaimana dengan azam korang tahun lalu? Tercapai ke x? Tahun ni bagaimana pula azam korang? Masih azam yang sama ke dengan tahun lalu atau dua tahun lalau atau tahun2 lalu?hehehe

Pepun hidup mesti diteruskan..perjuangan mesti diteruskan..Harap2 lebih banyak aktiviti atau program untuk sukarelawan pada tahun ini berbandingt setahun dua yang lalu yang agak malap.

Selamat Tahun Baru 2011

Rabu, 3 November 2010

MISI KESUKARELAAN: BANTUAN MANGSA BANJIR DI PERLIS

SATU misi bantuan mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di negeri Perlis akan dilakukan pada :

TARIKH : AHAD ( 7 NOVEMBER 2010)

Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kita sama-sama berganding bahu walau berbeza komuniti,negeri mahupun bangsa dalam membantu sahabat-sahabat 1 Malaysia

Khamis, 16 September 2010

16 SEPTEMBER : HARI MALAYSIA






16 SEPTEMBER 1963 merupakan salah satu tarikh keramat negara yang sering dilupakan selama ini. Pada tarikh inilah sebenarnya MALAYSIA terbentuk setelah MALAYA ketika itu bergabung dengan SABAH dan SARAWAK..

Semoga penyatuan ini yang juga kejayaan menyatukan perpaduan antara pelbagai etnik kaum di bawah satu bumbung MALAYSIA, akan kekal terpelihara aman dan makmur selamanya.....aminn 

Jumaat, 10 September 2010

HANTU RAYA???!!

Aduhhh....tak tau apa silapnya,adakah permintaan thdpnya tinggi, atau mmg sengaja untuk isi slot siaran. Kalau xsalah raya taun ni slot siaran cerita2 hantu atau seram turut memonopoli siaran waktu perdana. Baik RTM, TV Media Prima hingga ke siaran ASTRO, raya pertama sahaja dh ada 2 3 siarannya. Kenapa??

Mungkin kebetulan lepas puasa, kita tahu syaitan2 dah bebas dr kurungan. Jika bulan posa orang lemah semangat pun berani, tp nmpknya semangat berani tu ilang la raya ni. Dah disogokkan dengan siaran antu je..Macam sambut plak golongan hantu ni terlepas dari kurungan kn..Mgkn kebetulan...huhu...

SALAM LEBARAN

KAMI mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN kpd semua Sukarelawan MBNPP, Kepimpinan MBNPP dan semua pengunjung blog....Selamat berhari raya!!


Walau di mana jua anda berhari raya, sambutlah dengan meriah dan berhati2 di dalam perjalanan anda!!

Isnin, 23 Ogos 2010

PROGRAM GERAKAN SUBUH


Program Gerakan Subuh di Masjid As-Syakirin KLCC pada 31hb Ogos 2010 seperti butiran yang dinyatakan dalam poster yang dilampirkan.
Program Gerakan Subuh adalah satu program dalam program "Indahnya Ramadhan" bersama Masjid As-Syakirin KLCC, JAWI, Astro Oasis, DBKL, PDRM, NGO Islam dan lain-lain.
Pihak Astro akan membuat rakaman sepenuhnya program bermula petang 30 Ogos hingga 31 Ogos 2010.

Acara penuh program adalah seperti berikut:

6.30 ptg
Tazkirah Ramadan

7.26 ptg
Buka Puasa / Solat Maghrib
8.30 mlm
Solat Isya/Solat Terawih diimamkan oleh Imam jemputan khas daripada Mesir (sponsored by PNB)
9.30 mlm
Ceramah Khas oleh Imam Muda (sama ada Ashraf, Hizbur atau lain-lain)
10.30 mlm
Jamuan moreh
11.00 mlm
Program Outreach Dakwah Mendekati Remaja malam Merdeka (kerjasama JAWI, Perkid, LANDAS/UNGGAS PUMWP dan lain-lain NGO yang berminat)

2.00 pagi
TAMAT
3.30 pagi
Qiyamullaill bersama Us Zulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
5.00 pagi
Sahur
5.30 pagi
Zikir Munajat
5.52 pagi
Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi
Kuliah Khas Subuh bersama Cikgu Azmi (Presiden TERAS)
7.30 pagi
Bacaan Iqrar (dipimpin oleh Dewan Pemuda Masjid)
7.45 pagi
Solat Sunat Dhuha
8.00 pagi
Bersurai
Bentuk kerjasama yang diperlukan di sini adalah:
Mohon jasa baik semua ahli sekretariat Gerakan Subuh untuk hebahan dan jemputan program melalui email/facebook/surat @ lain-lain kepada ahli persatuan/pertubuhan dll. Mohon jasa baik sekiranya dapat dikomfemkan jumlah kehadiran untuk memudahkan anggaran untuk jamuan sahur bagi mengelakkan pembaziran atau tidak cukup.
Sekretariat
013-6714932



Rabu, 18 Ogos 2010

SAMBIL ON9 KITA LAYAN RADIO ON9

Hai...ada satu berita nk kongsi ngn semua.sape yg mmg kaki on9,tido pn ngn laptop, 24 jam dpn pc je...apa kata sambil korang on9 tu layan la radio internet ni....dihasilkan anak Melayu 100% dan didaftarkan dgn SSM tu...kira sah py ni tau

Banyak lagu best2 diputarkan DJ radio ni melalui segmen2 yg disediakan..Korang leh gk antar ucapan korang atau chat ngn DJ di facebook radio ni... FUNKER RADIO adalah dari perkataan Fun ker?? disatukan jadilah FUNKER...layannnnnzzzz

KLIK DI SINI UNTUK KE RADIO >>FUNKER.FM<<

Ahad, 15 Ogos 2010

AHLAN WASAHLAN SHAHRUL BAROKAH-TINGKATKAN AMALAN DLM BULAN MULIA INI

Rabu, 4 Ogos 2010

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dengan kerjasama Surau Kampung Perlis akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam seperti berikut:

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
5 OGOS 2010 (KHAMIS)
PADANG KOMPLEKS TABUNG HAJI BAYAN LEPAS,PULAU PINANG
JAM 8:30 MLM

muslimin muslimat dijemput beramai-ramai.....