Selasa, 29 Mac 2011
ARTIKEL : Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas nostalgia lampa
Posted by MT Fansurie at 1:32 PTG 0 comments
Labels: RENUNGAN
Selasa, 27 Oktober 2009
TAK PAYAH SEMBAHYANG (permainan bahasa)
"Sembahyang itu wajib kepada orang yang beriman tetapi tidak kepada orang yang berilmu", kata teman rapat ketika kami sarapan bersama di satu pagi. Aku membiarkannya terus bercakap. "Engkau tahu kenapa?', tanyanya lagi."Yang aku tahu..," aku bermula perlahan, cuba mengagak ke mana arah perbualan ini, ..."tiada seorangpun boleh melebihi Nabi Muhammad, jika rasul juga diwajibkan solat, bagaimana berilmupun kita, solat itu tetap wajib".Rakanku senyum memandangku, "kepada orang yang ibadatnya atas dosa dan pahala, dia bersolat kerana ia wajib, kerana dia hidup atas ganjaran dan penalti..... ..tetapi kepada orang yang hidup dan matinya kerana Allah, dia bersolat bukan kerana hukum solat itu wajib tetapi kerana dia ingin mendekatkan diri kepada PenciptaNya. Kepada dia, tujuannya hanya satu, kerana Allah. Wajib atau tidak wajib, dia tetap akan melakukannya walaupun tidak diberi ganjaran. Kerana itulah orang kata solat itu wajib kepada orang beriman tetapi tidak kepada orang yang tahu"."Isi yang tepat tapi dimulakan dengan permainan bahasa" kataku, "kalau tersilap faham, ..... boleh disalah-ertikan" . Rakanku mengangguk tanda setuju.
Terus terlintas di kepalaku semasa kecil, ustadzku pernah memberitahu, "tak payah sembahyang kalau dah tahu". Rupanya ia bermaksud 'tak susah sembahyang kalau dah tahu". Payah itu "susah" dan bukan "perlu".
Ah! permainan bahasa.
Posted by MT Fansurie at 1:32 PTG 0 comments
Labels: RENUNGAN
Khamis, 1 Oktober 2009
SAHABAT PRIHATIN
Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-bergantinya masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap "HORROR WEIIII…", katanya. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay. Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk 'Stainless Steel' yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya. Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy (serius memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.
Sahabat-sahabatku sekalian… Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t. Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka. Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin…
Posted by MT Fansurie at 10:41 PG 0 comments
Labels: RENUNGAN
Isnin, 28 September 2009
IBU DAN KITA
• KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.
* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.
* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.
* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.
* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.
* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"
* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.
* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.
* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.
* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.
* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.
* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.
* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.
* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.
* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.
* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.
* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, "…ITU BUKAN URUSAN IBU."
* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."
* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN…."PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"
* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH…."
* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.
* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, "…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."
* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG."
* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.
* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU. JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG.
Posted by MT Fansurie at 12:34 PG 0 comments
Labels: RENUNGAN
Rabu, 2 September 2009
PUASA SI MISKIN
Posted by MT Fansurie at 5:09 PTG 0 comments
Labels: RENUNGAN
Selasa, 9 Jun 2009
JANGAN MINUM AIR??!!
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia.
Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.Doktor berkata bahawa haba panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.
Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati,dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Haba panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.
Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.
WARN YOUR WIVES/GIRLFRIENDS AND DAUGHTERS
Posted by MT Fansurie at 12:19 PG 0 comments
Labels: RENUNGAN
Isnin, 8 Jun 2009
SEDETIK & SEJENAK..
1. KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda
berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan
cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar
berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri
tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah
kepada anak,
kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Posted by MT Fansurie at 5:12 PTG 0 comments
Labels: RENUNGAN
Selasa, 2 Jun 2009
CHOOP!! REHAT SEBENTAR
Hot..hot..panasss..panas..klip video paling panas...ushar atas bawah kiri kanan depan belakang dulu..line clear?puas ati?Jom tengok..!!
Bersetuju dgn pndgn beberapa org members yg iklan seperti di bawah nie amat amat amat dan teramat-amat patut ditayangkan di Malaysia. Kenapa? Lu fikir la sendiri.bukak mata buka la minda..simple je iklannya tp mempunyai maksud yg mendalam. Amat sesuai untuk golongan belia remaja
# 18sx ke ni? serammmm...
Posted by MT Fansurie at 10:48 PG 0 comments
Labels: RENUNGAN

.jpg)


